Showing posts with label Datuk K. Show all posts
Showing posts with label Datuk K. Show all posts

Friday, November 16, 2007

laki siti lagi...kes saman malu

Saman malu
Oleh Meor Riduwan Ahmad


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam, menetapkan 17 Januari depan untuk pengurusan kes saman malu dikemuka seorang remaja terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, iaitu Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu bagi membolehkan plaintif dan responden memfail dokumen masing-masing untuk perbicaraan kes itu.

Keputusan dalam kamar turut mengarah plaintif dan responden mengemukakan ringkasan kes kepada mahkamah serta menyediakan senarai saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Peguam Suraj Singh yang mewakili plaintif, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham, 19, mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding tertutup itu.

Menurut Suraj, pengurusan kes itu adalah prosedur biasa yang dilakukan bagi mengelak timbul pertikaian berhubung dokumen diperlukan ketika perbicaraan kelak kerana kedua-dua pihak plaintif dan responden sudah memfailkan dokumen masing-masing.

Suraj turut menyebut bagi pihak peguam responden, Gurbachan Singh yang tidak dapat hadir kerana menghadiri perbicaraan kes lain.

Pada 13 April lalu, Muhammed Kasheef memfailkan saman malu terhadap Datuk K kerana mendakwa ahli perniagaan itu menahannya secara salah, mencederakan serta memfitnahnya sebagai pengedar dadah.

Plaintif mendakwa kejadian itu berlaku di rumah Khalid di No 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 17 Mac 2007, jam 11.30 malam hingga 1 pagi, 18 Mac 2007.

Dalam writ saman itu, Muhammed Kasheef dari No 7, Jalan Kelab Ukay 11, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa mendakwa pada tarikh itu, beliau menerima dua SMS daripada anak responden, iaitu Mohamed Adib Khalid, 19, meminta dia datang ke rumahnya.

SMS itu dipetik plaintif seperti berikut: 'Bro, please pick up. My, dad wants to see you'; 'Bro, tolonglah aku... angkat phone... my dad cakap kalau kau tak datang dia hendak hentak aku, pls bro'.


Thursday, November 8, 2007

Gelaran tidak ubah personaliti Siti,Datuk K

PENYANYI terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini bergelar Datin Seri, menganggap pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, tidak akan mengubah personaliti mereka berdua.

Siti Nurhaliza, 28, berkata kurniaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu, bukan tiket untuk mereka berdua bermegah diri.

"Bagi Siti, ini satu kurniaan yang sangat besar kepada suami, daripada Sultan Pahang yang begitu prihatin terhadap sesiapa saja.



"Sudah tentu Siti bangga dengan pencapaian suami kerana anugerah ini (SSAP) adalah darjah tertinggi di Pahang dan ini adalah hari yang bersejarah bagi kami berdua.

"Bagi menghormati majlis protokol, bolehlah panggil saya dengan gelaran baru itu, tetapi di majlis biasa, Siti tidak kisah jika mahu memanggil Siti dengan gelaran biasa mengikut keselesaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balairong Seri, Istana Abu Bakar selepas selesai istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77, di Pekan, Pahang kelmarin.

Siti Nurhaliza yang berbaju kebaya moden berwarna oren gelap, hadir berpakaian sedondon bersama Datuk K, yang turut ditemani anak tirinya, Mohd Asyraf. Sesekali, Siti dilihat mesra dengan anak tirinya itu sambil mengelapkan peluh di wajah Mohd Asyraf.

Tahun lalu, Siti Nurhaliza mencatat sejarah sebagai artis termuda di negara ini dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, apabila Sultan Pahang mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepadanya, sempena ulang tahun baginda yang ke-76.

Siti Nurhaliza berkata, dia dan suami akan terus berbakti kepada masyarakat menerusi cara masing-masing dan terus berdoa supaya diberikan segala yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Siti berkata, dia masih belum diberi rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Siti masih belum mengandung dan sangat berharap dikurniakan anak tetapi belum ada rezeki. Memang Siti nak hidup bertiga (bersama anak baru) tetapi hari ini (semalam) pun, Siti hadir bertiga juga (sambil menunjuk kepada Mohd Ashraf)," katanya.



SEGAK: Khalid bersama Siti kelihatan segak dalam pakaian sedondon pada majlis penerimaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77 yang membawa gelaran Datuk Seri.