Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Tuesday, May 13, 2008

Azharina Bercerai Dengan Datuk Sukri




PADA 10 MEI 2008, penyanyi bersuara lantang, Azharina (23 tahun) mengumumkan bahawa dia dah bercerai dengan suaminya Datuk Sukri. Pada bulan Februari lalu, dia telah meminta diceraikan dan suaminya telah menceraikannya dengan talak satu.

“Saya tahu ramai yang seronok dengan perceraian kami, Apa pun saya reda dengan suratan takdir bahawa jodoh kami sampai di sini saja,” - Azharina

Tanpa mengulas panjang, Azharina menyatakan keputusan ini dibuat untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Walaupun demikian, Azharina masih mencintai bekas suaminya yang berusia 50 tahun itu dan hubungan mereka masih lagi baik sebagai kawan,

Untuk info pembaca, Azharina mengenali Datuk Sukri sejak dia berusia 17 tahun lagi dan berkahwin dengan peguam yang berasal dari Kelantan ini sejak dua tahun lalu.
Satu dialog berkenaan pompuan yang suka berkahwin dengan lelaki tua yang kaya.

Girl: Best kan kalau dapat kawin dengan orang tua especially yang ada pangkat datuk or tan sri ni.. boleh hidup mewah.. tak payah aku kerja sampai tua.

Guy: Tapi kau akan dikerjakan sampai tua!

Persoalannya, sempat ke nak tunggu bini tua ? LOL!

Tuesday, December 11, 2007

Penyanyi wanita populor buat 'projek ' dalam studio

Penyanyi wanita popular buat 'projek' dalam studio!
zubirintip@bharian.com.my

SEKALIPUN Zubir 'berehat' di hospital, sepanjang minggu lalu, Zubir tetap ada menerima panggilan telefon dan kiriman SMS. Selain teman-teman mengucapkan semoga cepat sembuh, ada juga panggilan daripada sumber memberitahu berita 'gempaq', perihal penyanyi wanita popular yang baru-baru ini 'kantoi' dengan seorang komposer terkenal, sedang berasmara dalam studio rakaman, fuyoo!

Penyanyi ini adalah bintang realiti. Dari program mana dan stesen TV mana tu, tak perlulah Zubir beritahu. Tapi kalau disebutkan nama dan lagu popularnya, ramai boleh kenal. Penyanyi ini sudah hasilkan album sebelum ini, kebetulan beberapa lagunya diterima peminat, jadi seorang komposer terkenal berminat hasilkan album seterusnya bagi penyanyi ini yang semakin meniti namanya di bibir peminat. Selepas beberapa perbincangan, maka artis ini pun memasuki studio rakaman sambil ditemani komposer berkenaan untuk memastikan kerja rakaman lancar.

"Komposer ini pun banyak menghasilkan killer song untuk beberapa penyanyi popular sebelum ini. Jadi, pihak pengurusan bintang realiti ini tidak menunggu lama untuk dapatkan khidmatnya. Mula-mula tu semua berjalan lancar, penyanyi dan komposer popular ini bekerja secara profesional.

"Tapi, selepas beberapa lama berada di studio rakaman, tempoh rakaman pula melewati sehingga jam 3, 4 pagi, gelagat penyanyi dan komposer ini dilihat mesra semacam, dah macam pasangan kekasih, namun mereka tidaklah berbuat sesuatu yang di luar batasan. Komposer ini pula aku tak pasti, masih bujang atau dah kahwin, tapi layanannya kepada bintang realiti berkenaan memang cun habis!

"Nak dijadikan cerita, suatu hari tu mereka menjalani rakaman dalam tempoh panjang, macam biasalah. Entah macam mana, tiba-tiba kedua-duanya tidak dapat menahan gelora apabila nafsu bekerja bertukar menjadi nafsu serakah! Apa lagi bro, buat 'projek' lah! Dalam studio rakaman pun jadi, janji geli beb!," kata sumber berkenaan kepada Zubir.

Seandainya apa yang diceritakan ini satu kisah benar, ia memang memalukan! Sepatutnya si komposer berkenaan memberikan contoh terbaik kepada penyanyi muda ini kerana menyayangi masa depan dan bakat yang ada padanya. Ini tidak, komposer terkenal itu pula yang ibarat 'haruan makan anak'.

Mujurlah pengurus sedar perbuatan terkutuk dilakukan artisnya dan komposer berkenaan. Orang kata sebelum mereka terlanjur lebih jauh, perbuatan mereka itu berjaya disergah! Bagi Zubir, kalau dah tak tahan dengan nafsu yang tak pernah padam setiap kali bertemu, elok sangatlah mereka berdua tu cepat-cepat kahwin. Kalau tak silap Zubir, sebelum ini pun ada kes artis popular dan komposer projek dalam studio. Agaknya kerana suasana sejuk dan gelap, maka studio rakaman menjadi tempat 'memanaskan' badan. Tapi, sekarang kedua-duanya dah berumah tangga, ooops... cerita lama tu!

Monday, December 10, 2007

Gambar Maya Karin bertudung

post dari isuhangat.blogspot.com

Gambar Maya Karin bertudung semasa melawat Keelantan disember 2007 lepas...
Ini gambar maya karin semasa iklan celcom versi pantai timur...

Friday, December 7, 2007

Thursday, December 6, 2007

Syahrini - Tatapan Cinta(OST Coklat Stroberi )

Indonesian Song ; *Click On The Title To Download*

Wednesday, December 5, 2007

Abby Abadi sudah bebas

cilok kat Pancaindera






Sudah bertahun-tahun Abby Abadi tidak berpeluang untuk menjadi penghias muka depan Pancaindera. Kalau ada pun seingat saya ketika zaman kegemilangannya bersama kumpulan Elite dulu dan ketika muncul dalam Gerak Khas The Movie. Itu saja.

Bukannya kami lupa ataupun mungkin orang dah kahwin tak boleh jadi penghias muka depan tetapi sejak berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas, jadualnya sangat padat.

Bagaimanapun minggu lalu saya sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya. “Bila lapang? Nak buat fotografi untuk Pancaindera. Boleh ke?” Begitulah kiriman SMS saya dan Abby membalas, “Bila-bila masa pun boleh.”

Terfikir juga sekarang ini pelakon yang popular sebagai Cif Inspektor Aleza dalam drama bersiri terbitan Skop Production itu tidak begitu sibuk. Maklumlah dia sudah meninggalkan Skop Production. Jadualnya tidak sepadat sebelum ini. Kalau dulu, bukan saja nak aturkan fotografi. SMS yang dihantar pagi, dibalas malam keesokan harinya.

Pertemuan kami di studio Utusan. Sambil mengenakan rambut palsu hasil dandanan juru mekap popular Deq Sha, Abby berkata wajahnya nampak lebih muda. Dengan anggun pakaian tajaan Calvin Thoo dan Glitzz, raut wajah Abby kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum.

“Saya dah ada banyak masa untuk keluarga dan anak-anak sekarang ini,” katanya sambil membetulkan solekan di bilik mekap. Ketika berbual dengannya, saya bertanya kenapa tinggalkan Gerak Khas? Ada masalahkah dengan Datuk Yusof Haslam?

Mengambil masa agak lama sambil meneguk milo ‘o’ ais, pelakon berusia 28 tahun ini menarik nafas panjang.

“Saya sebenarnya mahu menjaga hati banyak pihak,” kata Abby yang menyambut hari lahirnya semalam memulakan cerita mengenai apa sebenarnya berlaku.

*Sayangkan Cif Inspektor Aleza

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tindakan Abby atau pemilik nama sebenar Arbaeyah Abdul Manan ini mengucapkan selamat tinggal kepada Gerak Khas menimbulkan banyak persoalan. Ada yang berkata ia berkaitan isu hubungan. Ya... hubungan beliau dengan produser Yusof Haslam yang dikatakan kian panas sejak kebelakangan ini.

Malah Yusof sendiri ketika memberi komen mengenai tindakan Abby itu menganggap ia perkara biasa. Kata Yusof, pelakon dalam produksinya datang dan pergi. Ia juga pernah terjadi dengan AC Mizal yang cukup sinonim sebagai Inspektor Mazlan tak lama dulu.

Bagaimanapun ramai yang berkata, kehilangan Cif Inspektor Aleza turut menyebabkan Gerak Khas hilang serinya.

Watak itu sangat kuat. Masih ingatkah lagi peristiwa tahun lalu? Seorang remaja yang mengalami masalah lembam, Mohd. Amir Mohd. Mokhtar, 24, sanggup menunggang motosikal sejauh 500 kilometer dari Pokok Sena, Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menemui Cif Inspektor Aleza.

Abby membina watak itu selama sembilan tahun dan jangkamasa ini bukanlah satu yang singkat. Dari wataknya berpangkat Inspektor, dia dinaikkan sebagai Cif Inspektor. Tidak dinafikan Gerak Khas juga telah meletakkan nama Abby sebaris dengan pelakon popular lain.

Bagi wanita beranak dua ini, dia mempunyai alasannya sendiri untuk membuat keputusan yang agak memeranjatkan itu. Tidak mahu menyalahkan sesiapa dan menganggap amat berat untuk menceritakan kisah sebenar. Kata Abby, apa yang berlaku ialah “masalah dalaman keluarga.”

Tanpa mahu bercerita secara terperinci, Abby memberitahu hendak atau tidak, dia terpaksa membuat keputusan meninggalkan produksi itu.

“Saya memang sayangkan Gerak Khas. Malah saya berterima kasih kepada Datuk (Yusof Haslam) kerana telah mengasah bakat saya menjadi pelakon yang baik.

“Terus terang saya katakan sukar untuk saya membuat keputusan itu tetapi saya terpaksa walaupun memikirkan kerjaya saya sebagai pelakon berkembang kerana Gerak Khas,” kata Abby.

Memuji Yusof, akui Abby secara jujurnya dia amat bertuah kerana dapat berlakon dan menjadi anak didik kepada produser dan pengarah itu. Tetapi kalau hanya ada didikan tanpa kerja keras Abby sendiri, tentulah watak pegawai polis itu tidak dapat ditonjolkan dengan baik.

“Saya seorang yang memberi komitmen sepenuhnya kalau bekerja. Watak itu berjaya menepati kehendak orang ramai disebabkan kerja keras saya dan kerjasama yang baik dari produksi Gerak Khas sendiri,” jelasnya.

* Tidak kenang budi?

Tindakannya mengangkat kaki untuk berlakon dalam drama itu ada sesetengah pihak menganggap sebagai tidak mengenang budi. Maklumlah Yusof Haslam yang menaikkan dia, tiba-tiba Abby membuat keputusan yang mengejutkan untuk meninggalkan siri drama itu.

Ini membuatkan ramai yang beranggapan begitu. Tetapi dalam masa yang sama ada juga yang berbisik, mungkin sikap ‘baran’ pengarah tersebut sukar untuk disenangi pelakon.

Pada Abby, soal tidak tahan dengan panas baran Yusof itu tidak timbul. Kalau tidak tahan katanya, sejak awal-awal lagi dia meninggalkan Gerak Khas tetapi keputusan dibuat selepas sembilan tahun dia bersama mereka di dalam produksi itu.

Malah selama berlakon bawah pengarah itu, Abby tidak melihat Yusof sebagai seorang yang panas baran kepadanya. Cuma Abby tidak menafikan, pertambahan pelakon di dalam drama itu kadang-kala menyebabkan tumpuan pengarah itu terhadapnya agak kurang.

Tidak menyalahkan sesiapa atau bukan hendak perhatian yang lebih tetapi perkara itu mungkin menyebabkan hubungan mereka sedikit renggang. Bagaimanapun menurut Abby, dia tidak bermusuh dengan sesiapa dan sehingga hari ini hubungannya dengan produser itu masih lagi baik termasuklah dengan isterinya Datin Fatimah.

“Keputusan yang saya buat ini ibarat dekat bau busuk, kalau jauh tercari-cari wanginya. Saya tidak bermusuh dengan sesiapa cuma rezeki saya mungkin sudah tiada dengan Gerak Khas,” ujarnya.

* Rezeki semakin melimpah

Meninggalkan diri dalam drama itu tidak menggugat kedudukan Abby sebagai pelakon. Malah akuinya, banyak tawaran yang diperoleh selepas tamat tempoh mengasah bakatnya di produksi itu.

Terang Abby, dia mendapat banyak tawaran berlakon termasuklah tawaran untuknya menjadi heroin.

“Sebelum ini ramai yang menganggap kalau saya berlakon Gerak Khas, tak boleh berlakon dalam produksi lain kerana jadual yang ketat. Jadi ramai penerbit dan pengarah yang tak berani nak tawarkan saya berlakon dengan produksi mereka. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi dalam bidang ini dan banyak tawaran datang termasuklah untuk watak utama,” katanya yang bersyukur dengan limpahan rezeki itu.

*Mahu anak lagi

Lima tahun usia perkahwinan Abby dengan pelakon Norman Hakim, 31, mereka mengakui bahagia walaupun suatu ketika dahulu kehidupan rumah tangga mereka diuji. Bersama sepasang anak yang kian membesar iaitu Mohd. Danish Hakim,4, dan Marisa Dania Hakim,2, Abby mengakui dia gembira dengan keluarganya sekarang.

Malah tahun 2008 yang bakal menjelang tidak sampai sebulan lagi kata Abby sudah membuatkan dia merancang untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

“Saya memang suka budak-budak. Kalau boleh tahun depan saya hendak mengandung lagi. Saya mahu sekurang-kurangnya empat orang anak dalam keluarga kami,” terangnya.

Menganggap anak-anak sebagai sumber rezeki, kata Abby kehidupan berkeluarga akan lebih bermakna dengan adanya anak. Mereka diibaratkan sebagai jambatan yang dapat mengikat kemesraan hubungan antara suami dan isteri.

“Apabila penat, kita boleh melihat dan bermain dengan anak-anak kita. Ia boleh menyebabkan segala tekanan kerja akan hilang,” jelas Abby yang hairan bagaimana sesetengah pasangan tidak mahukan zuriat selepas berkahwin.

* Aktif dengan bisnes

Menyedari usia semakin lanjut, rezeki sebagai seorang pelakon akan terhenti juga suatu hari nanti. Oleh kerana itu Abby dan suaminya Norman sudah mempersiapkan diri untuk aktif dalam bidang perniagaan menerusi syarikat MDH Trading & Services yang ditubuhkan empat tahun lalu.

Merancang untuk membuka sebuah restoran iaitu D’Suasana Cafe di Ukay Perdana, Ampang, kata Abby syarikatnya itu juga akan bekerjasama dengan sebuah badan kewangan bagi membantu meningkatkan integriti orang kurang upaya (OKU).

“Sebagai permulaan pada 15 Disember ini, syarikat saya akan menganjurkan satu acara di Pulau Pinang melibatkan OKU dengan aktiviti kemasyarakatan bersama artis. Insya-Allah lebih kurang 10 artis yang akan menyertai karnival amal itu yang juga akan diadakan di Johor Bahru pada 29 Disember nanti. Selain itu, saya dengan Norman juga merancang pelbagai jenis perniagaan dan tidak mustahil kami juga akan menerbitkan drama sendiri suatu hari nanti,” terangnya.

Friday, November 30, 2007

Topic: 15 TAHUN GIAN GANJA

DIPETIK DARI SEBUAH AKHBAR TABLOIG

Begitulah pengakuan ikhlas seorang artis yang juga seorang pelawak, pengacara dan juga penyanyi kepada wartawan di sebuah majlis baru-baru ini. Luahan dan pengakuan yang dibuat bukan tujuan meraih simpati atau menagih populariti tapi sebagai renungan dan perlu dijadikan iktibar bersama.

Malah perubahan pada imej dan gayanya yang semakin lembut membuat wartawan tertanya-tanya selain isu suntikan botok adakah dia sedang berusaha melakukan perubahan lain pada kelakiannya? Kenapa dia perlu melakukan semua ini sedangkan dia adalah lelaki tulen dan sudah punya dua anak walaupun sudah lebih lima tahun hidup menduda. Apa yang membuat hatinya terguris, ikuti luahannya…

“Saya akui ada yang suka dan ada yang tak suka dengan perubahan yang saya buat ini. Saya memilih untuk berubah adalah dengan sebab-sebab tertentu. Pada yang tak suka terpulanglah pada individu. Saya tak paksa orang suka pada saya.

“Tapi apa yang saya nampak, selepas saya melakukan perubahan ini rezeki saya bertambah. Buktinya dalam bulan ini, ada sahaja show yang saya dapat dan tak putus-putus. Baru-baru ini, saya telah membuat persembahan ke Brunei dan pada hari berikutnya pula saya sibuk dengan dinner show di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kenapa saya perlukan perubahan ini? Pertama sekali saya tidak mahu lagi dipandang seperti artis yang tak ada pendirian dan perlu terus hidup dari caci hina masyarakat yang memandang serong pada saya.

“Terus terang saya katakan, saya ni seorang penagih dadah. 15 tahun saya bergelumang dengan benda haram tu, sehari kalau saya tak dapat saya rasa hidup saya ni gelap. Bagi saya 15 tahun bukan jangka masa yang pendek. Saya sendiri pun macam tak percaya, apalagi ketagihan ganja buat saya jadi cengkung dan hidup tak bermaya.

“Menyesal juga memilih jalan itu, tapi nak buat macam mana, menyesal sekali pun dah tak ada gunanya lagi. Hanya satu yang buat saya bangkit dari kesilapan. Satu hari anak saya di hantar oleh ibunya ke rumah saya. Mereka melihat saya cengkung dan kurus mereka bertanya, abah buat apa?

“Kemudian mereka tunjukkan gambar jantung kepada saya. Mereka kata, kalau abah merokok nanti jantung rosak. Sebagai lelaki dan juga bapa kepada dua anak, terus terang saya katakan hati ini jadi sebak mendengar kata-kata anak yang berusia lima tahun dan dua tahun itu. Saya menangis semahu-mahunya.


PS/: SIAPAKAH ARTIS TERSEBUT? NAK TAHU NAMA, BACA SENDIRI SAMBUNGAN CERITANYA.

Airmata Amy Search : Korban Rambut Tanda Insaf



ADA yang menyokong, tidak kurang juga memberi reaksi sebaliknya apabila Amy Search menyatakan hasrat menunaikan umrah. Pelbagai tanggapan timbul, kononnya pemergian Amy ke Makkah suatu yang pelik kerana imejnya sebagai penyanyi rock. Namun, semua itu tidak
melunturkan semangat Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 49, meneruskan hasratnya.

Ketika di Makkah, Amy sekali lagi diuji apabila mendengar kata-kata orang mempertikaikan kehadirannya di situ hasil daripada wang menyanyi.

"Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di Tanah Suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya peroleh tidak halal.

"Alhamdulillah, saya sedikitpun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Bijaksana dan Maha segala-galanya. Sama ada saya diterima atau tidak, itu juga hak Allah.

"Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apapun dugaan yang bakal ditempuh," kata Amy ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Amy berangkat bersama isteri, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish, 26, berkata keinginan mengerjakan umrah terdetik beberapa tahun lalu tetapi hanya tahun ini berpeluang ke sana.

"Saya anggap ia satu perjalanan yang sudah tertulis dalam kamus hidup saya. Selaku manusia tidak terlepas melakukan dosa, saya bersyukur kerana terpilih daripada puluhan juta umat Islam sebagai tetamu Allah SWT pada usia 49 tahun.

"Ada orang mendapat peluang ini ketika muda, ada yang pergi ketika sudah berusia dan ada yang tidak sempat langsung. Justeru, saya amat terharu dan bersyukur kerana menjejakkan kaki ke rumah Allah," katanya.

Turut sama dalam rombongan Amy pada 29 Mei hingga 11 Jun lalu, ahli keluarga termasuk Ustaz Badrul Amin dan isteri. Tiada sebarang kejadian aneh menguji, bahkan Amy bersyukur perjalanan melakukan umrah begitu mudah.

"Mula-mulanya ada masalah, itupun di Lapangan Terbang Changi, Singapura sebelum bertolak ke Karachi, Pakistan kerana penerbangan ditunda 3 jam. Di Karachi sekali lagi perkara sama terjadi tetapi semuanya tidak mematahkan semangat saya.

"Selepas mengharungi perjalanan panjang akhirnya kami tiba di Madinah. Masa itu saya tidak dapat menahan sebak. Lain orang mungkin lain perasaan mereka, namun saya merasakan saat itu begitu dekat dengan Rasulullah.



"Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah.

"Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.

Ketika tiba di Makkah, Amy mengucap syukur sebaik saja melihat Kaabah. Katanya, rasa gemuruh serta tidak percaya kerana benda ajaib yang selama ini hanya dilihat dalam buku dan ditonton di televisyen, berada di hadapan mata.

"Ia cukup indah hingga saya menangis sekali lagi. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah.

"Ketika di Makkah, saya suka melalui pintu 62 dan 58 kerana mudah berada di barisan hadapan menghadap Kaabah. Pelbagai cerita menarik saya lalui, tapi yang tidak boleh dilupakan ketika berada ke Gua Hiraq, tempat wahyu pertama diturunkan. Sungguh ajaib.

"Ketika di puncak Gua Hiraq, tiba-tiba lirik lagu Mentari Di Ufuk Timur bermain-main di telinga saya. Antara bait-bait lagu yang berulang kali kedengaran adalah: "Kekal selamanya cintaku dengan cahayaMu, kekal selamanya tetap dalam ingatanku."

"Saya amat terharu kerana lagu yang selama ini saya nyanyikan tanpa dapat menghayati maksud sebenarnya, rupanya memuji kebesaran Yang Maha Esa," katanya.

Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, dia mohon pada Allah SWT tetapkan hatinya supaya tidak malas sembahyang dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Iman dan Rukun Islam.

"Saya berdoa di hadapan Kaabah supaya keluarga, sahabat termasuk peminat diberi kebahagiaan dan kebaikan dalam hidup mereka.

"Lebih 25 tahun menjadi penyanyi, saya tidak pernah memesongkan orang meskipun saya disanjung dan dipuja. Mereka yang meminati suara dan cara saya menyanyi, semua itu satu anugerah dari Yang Maha Esa.

"Jika saya yang jahil ini diterima sebagai tetamu Allah SWT sekali gus dapat menjalani ibadah dengan tenang, saya pasti Dia juga menerima hambanya yang lain seperti saya.

"Saya harap pintu hati peminat dibukakan untuk mengerjakan ibadah ini termasuk haji. Insya-Allah, saya akan melakukan umrah sekali lagi tahun ini iaitu ketika Ramadan nanti kerana mahu merasai pengalaman berpuasa dan beraya di Makkah. Saya juga mengalu-alukan peminat
menyertai saya," katanya.

Sementara itu, Norish yang semakin manis bertudung berkata, dia ternampak kejadian aneh seekor merpati ketika bersembahyang di Raudah tetapi dia mahu menyimpannya sebagai rahsia peribadi.

"Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanya Ustaz Badrul dan dia memberitahu ia fenomena biasa di Madinah, apatah lagi merpati burung kesayangan Rasulullah.

"Satu lagi pengalaman indah sewaktu kami mengunjungi Jabal Rahmah dan ketika mohon doa agar jodoh kami dipanjangkan, tiba-tiba saja perasaan kami suami isteri terasa seperti zaman bercinta.

"Saya juga cukup bertuah kerana doa saya untuk menyentuh Hajaratul Aswad dimakbulkan. Tanpa disangka, sebaik membuka mata tangan saya sudah memegang batu itu walaupun kiri kanan sesak dengan manusia," katanya

Wednesday, November 28, 2007