Saturday, June 14, 2008

Lagi artis wanita kita botakkan kepala.









Apa Kes Ekin AF3 Botak?

copy dr http://www.murai.com.my/

KL, 4 JUN 2008: Panas, panas.... Suatu ketika dulu, pelakon terkenal tanahair, Sharifah Amani pernah membuat kontroversi dengan penampilan botak. Namun, pengorbanan Amani semata-mata untuk menjiwai wataknya dalam filem arahan Yasmin Ahmad, Mualaf.

Tolak ketepi pasal Amani. Murai Batu terima satu lagi kes berkenaan botak. Kali ini, kes ini masih melibatkan artis wanita tetapi bukan pelakon. Paling memeranjatkan, ia ada kena mengena dengan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Ekin.

Nak dijadikan cerita, sedang sibuk Murai Batu mengemas kini e-mel, tiba-tiba Murai Batu menerima kiriman foto terbaru Ekin. Mula-mula Murai Batu ingatkan e-mel tersebut untuk berita single terbaru namun ia meleset selepas melihat foto berkenaan.

Terbeliak mata Murai Batu melihat gambar Ekin. Murai Batu ingatkan siapalah tadi? Sudahlah botak, pakaian alahai tengoklah sendiri.

Apa sudah jadi dengan Ekin AF3? Itulah kata-kata yang terpancul dari mulut Murai Batu dan teman sepejabat. Bukankah dulu dia ayu berambut panjang?

Soalan yang pertama sekali terlintas di fikiran Murai Batu ialah Apa sebab Ekin botak? Adakah Ekin juga terima tawaran berlakon sama macam Amani? Atau hanya cari publisiti murahan?

Bagaimanapun, dalam e-mel tersebut, Murai Batu difahamkan hari ini merupakan hari bersejarah bagi Ekin kerana Ekin dengan beraninya telah membotakkan kepala. Pun begitu, sebab dia botak kepala tidak dikenal pasti.

Mengapa Ekin berani menyiarkan gambar ini di laman web tersebut? Nampaknya, lepas ni terpaksalah Murai Batu korek apa sebabnya.

MURAI BATU: Jika tidak kerana sebab yang benar-benar kukuh tak mungkin perempuan cukur kepala.

No comments: