





BERKISARKAN TENTANG HAL-HAL ARTIS DALAM DAN LUAR NEGARA.PADAT DENGAN INFOMASI MP3 TERKINI.
● Corumn 80's (Click to view all post on this band) ●
Corumn 80's Special:-
- Corumn 80's - Class Kids Story
- Corumn 80's - Falling In Love
- Corumn 80's - Oh Reena
- Corumn 80's - Skankin In Love
- Corumn 80's - Stop Da Pressure [the download link will be added soon]
- Corumn 80's - What Hav U' Be
Kod: |
http://rapidshare.com/files/176574601/Skudap-Skudip.rar |
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuah kondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkan tulang belakangnya patah.
Difahamkan, kejadian yang turut mengakibatkan kedua-dua kakinya berkemungkinan lumpuh itu berlaku sejurus selepas pelakon yang juga tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia bagi musim ketujuh (AF7) itu pulang daripada menjalani lakonan teater di ibu kota.
Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Usaha untuk menghubungi Ida atau ahli keluarga termasuk suaminya, Shahrin Razali yang juga bekas pemain drum kumpulan Blackrose untuk mendapatkan penjelasan lanjut, malam tadi, gagal.
Rakan Ida yang turut terbabit sebagai tenaga pengajar AF7, Fatimah Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian itu daripada suami pelakon itu.
“Sebaik menerima berita mengatakan kejadian yang menimpa Ida, saya terus mendapatkan penjelasan daripada suaminya dan dia mengesahkan kemalangan itu semalam (kelmarin).
“Saya juga dimaklumkan Ida berada dalam keadaan stabil serta sedang berehat selepas menjalani pembedahan tulang belakang di PPUM, petang semalam,” katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Fatimah enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, sumber berkata, kedua-dua kaki Ida masih belum dapat digerakkan dan kini sedang mendapat rawatan di wad Ortopedik PPUM.
sumber berita harian
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Subscribe to Cosmopolitan Magazine at a 63% discount!