kot zaman sekarang ni dah tak tahu lagi dah nak memperjuangkan muzik metal sampai nasyid pun jadi metal.apa-apa pun layan,.....
http://www.usaupload.net/d/16q0zxbp2vv
KRONIKOLOGIKAL
Lagu: Bentara
Lirik: Bentara
Pergolakan dua kuasa
Yang mahukan pemerintahan
Medannya seketul daging
Di dalam kedaifan tubuhmu
Jiwa kacau memikirkan
Bertemunya dua keperluan
Memilih satu keputusan
Yang mengolah landasanmu
Pergolakan yang berterusan
Menggelegak di dalam jiwa
Adakalanya kau benar
Adakalanya kau salah
Di dalamnya ada perasaan
Yang asal tercipta untukmu
Pabila salah kau rebah
Pabila benar kau bersyukur
Andainya hitam kau sesat
Tidak nampak cahaya yang dihujung
Seperti benda yang kotor
Ianya perlu dibersihkan
Namun tatkala kau lemah
Ingati maksud kau diciptakan
Serahkan segala urusanmu
Kepada yang Maha Berkuasa
Insani, kau lemah, kau daif
Insani, kau tidak mengetahui
Insani, tunduklah, sujudlah
Insani, kau perlukan peringatan
Jangan kau tertipu dengan mainan
Dunia yang terhias dengan seribu kecantikan
Anak isterimu bakal menjadi
Pendakwa terhadap keputusanmu yang lalu
Harta kekayaan yang kau miliki
Tiada manfaat jika hanya memuaskan nafsumu
Awas terhadap usiamu
Kerana tidak dia menjamin keselamatanmu
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment