Ainul Aisyah merupakan pelakon filem Histeria yang baru ditayangkan di pawagam pada 18 Disember 2008. ‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.
NAMA SEBENAR: Ainul Aishah Azizun
TARIKH LAHIR: 16 April 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU)
PROFESION: Pelakon, model
FILEM: Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai dan Skrip 7707
DRAMA TV: Mama Rock, Bong
PENCAPAIAN: Calon Akhir Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia Ke-20
No comments:
Post a Comment