Monday, February 15, 2010

ZARINA ANJOULIE ( anak pontianak ) DI TAHAN AADK.

Tak habis-habis kontroversi yang di tonjolkan oleh sorang artis ni.Jangan dijadikan contoh dah memang tak boleh nak dikatakan lagi...Bilalah nak taubat.

Ujian saringan air kencing ke atas pelakon drama seram, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dikatakan positif mengambil dadah ketamin, lapor sebuah akhbar.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman semasa mengesahkan perkara itu berkata, pelakon berusia 24 tahun itu telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu laporan pengesahan daripada Jabatan Patologi.

Bagaimanapun ketika dihubungi wartawan, pelakon tersebut menafikan kenyataan pegawai AADK itu dan mendakwa tetap tidak bersalah.

"Memang pada malam itu saya dan rakan telah ditahan kerana memandu kereta menggunakan cermin yang terlampau gelap. Disebabkan itu, kereta saya telah disyaki digunakan untuk mengedar dadah," jelasnya dipetik sebagai berkata.















kredit to myartis

No comments: