Penyanyi wanita popular buat 'projek' dalam studio!
zubirintip@bharian.com.my
SEKALIPUN Zubir 'berehat' di hospital, sepanjang minggu lalu, Zubir tetap ada menerima panggilan telefon dan kiriman SMS. Selain teman-teman mengucapkan semoga cepat sembuh, ada juga panggilan daripada sumber memberitahu berita 'gempaq', perihal penyanyi wanita popular yang baru-baru ini 'kantoi' dengan seorang komposer terkenal, sedang berasmara dalam studio rakaman, fuyoo!
Penyanyi ini adalah bintang realiti. Dari program mana dan stesen TV mana tu, tak perlulah Zubir beritahu. Tapi kalau disebutkan nama dan lagu popularnya, ramai boleh kenal. Penyanyi ini sudah hasilkan album sebelum ini, kebetulan beberapa lagunya diterima peminat, jadi seorang komposer terkenal berminat hasilkan album seterusnya bagi penyanyi ini yang semakin meniti namanya di bibir peminat. Selepas beberapa perbincangan, maka artis ini pun memasuki studio rakaman sambil ditemani komposer berkenaan untuk memastikan kerja rakaman lancar.
"Komposer ini pun banyak menghasilkan killer song untuk beberapa penyanyi popular sebelum ini. Jadi, pihak pengurusan bintang realiti ini tidak menunggu lama untuk dapatkan khidmatnya. Mula-mula tu semua berjalan lancar, penyanyi dan komposer popular ini bekerja secara profesional.
"Tapi, selepas beberapa lama berada di studio rakaman, tempoh rakaman pula melewati sehingga jam 3, 4 pagi, gelagat penyanyi dan komposer ini dilihat mesra semacam, dah macam pasangan kekasih, namun mereka tidaklah berbuat sesuatu yang di luar batasan. Komposer ini pula aku tak pasti, masih bujang atau dah kahwin, tapi layanannya kepada bintang realiti berkenaan memang cun habis!
"Nak dijadikan cerita, suatu hari tu mereka menjalani rakaman dalam tempoh panjang, macam biasalah. Entah macam mana, tiba-tiba kedua-duanya tidak dapat menahan gelora apabila nafsu bekerja bertukar menjadi nafsu serakah! Apa lagi bro, buat 'projek' lah! Dalam studio rakaman pun jadi, janji geli beb!," kata sumber berkenaan kepada Zubir.
Seandainya apa yang diceritakan ini satu kisah benar, ia memang memalukan! Sepatutnya si komposer berkenaan memberikan contoh terbaik kepada penyanyi muda ini kerana menyayangi masa depan dan bakat yang ada padanya. Ini tidak, komposer terkenal itu pula yang ibarat 'haruan makan anak'.
Mujurlah pengurus sedar perbuatan terkutuk dilakukan artisnya dan komposer berkenaan. Orang kata sebelum mereka terlanjur lebih jauh, perbuatan mereka itu berjaya disergah! Bagi Zubir, kalau dah tak tahan dengan nafsu yang tak pernah padam setiap kali bertemu, elok sangatlah mereka berdua tu cepat-cepat kahwin. Kalau tak silap Zubir, sebelum ini pun ada kes artis popular dan komposer projek dalam studio. Agaknya kerana suasana sejuk dan gelap, maka studio rakaman menjadi tempat 'memanaskan' badan. Tapi, sekarang kedua-duanya dah berumah tangga, ooops... cerita lama tu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment