Gambar Nurul Syuhada di dalam email yang tersebar.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, 47, membuat laporan polis berhubung khabar angin mengaitkan dirinya dengan personaliti TV3 yang juga pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 24, dua minggu lalu.
Katanya, cerita yang disebarkan melalui laman web itu bertajuk ‘nurul syuhada dan dato farid! confirm!’ itu keterlaluan.
“Cerita itu tidak benar sama sekali dan saya menjadi mangsa fitnah. Biarlah saya tampil ke depan mewakili orang yang teraniaya apabila membuat laporan di Balai Polis SS 2, Petaling Jaya, dua minggu lalu. Saya bukan buat satu laporan polis saja tapi dua.
“Ia juga membuktikan tiada apa yang hendak disembunyikan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani perkara itu.
“Bagi saya cerita yang disebarkan itu keterlaluan kerana ia membabitkan maruah bukan saja diri saya, malah Nurul sebagai kakitangan TV3.
“Ia juga tidak adil buat Nurul kerana berjaya membina kerjaya yang baik selama tiga tahun dengan TV3. Semua yang dicapainya atas usahanya dan bukan sebab lain,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra dengan media di Sri Pentas, di sini, semalam.
Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin yang baru dilantik pada 1 April lalu, Farid menafikan satu lagi khabar angin yang disebarkan akhir-akhir ini mengenai hubungannya dengan pelakon baru, Fouziah Ghous.
Katanya, beliau mengenali pelakon jelita itu lima tahun lalu ketika masih berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS).
“Kebetulan akhir-akhir ini rezekinya dalam bidang lakonan, terutama dalam drama yang disiarkan di TV3 hingga digosipkan. Hakikatnya, saya memang baik dengan semua orang bukan hanya kaum hawa malah kaum adam juga.
Sunday, April 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment