Dulu penyanyi Mawi dan pelakon Ikin selalu berdolak-dalik apabila ditanya pasal hubungan mereka. Akhirnya masing-masing sedia menjelaskan status sebenar bahawa masing-masing saling menyayangi dan mencintai di antara satu sama lain.
Pengakuan itu bukan dibuat kerana desakan sesiapa sebaliknya kerelaan sendiri apabila penat untuk berselindung apabila kisah mereka sering dihidu oleh pihak media. Apabila bersemuka pada majlis minum petang bersama selebriti yang memakai pakaian Lord's Tailor sempena Anugerah Bintang Popular pada hari Ahad (30 Mac 2008), masing-masing mengaku.
Sebelum ini media sering dituduh mengada-ngadakan cerita apabila tiada pengakuan daripada mulut mereka sendiri. Mawi dan Ikin mengaku hati masing-masing sudah dimiliki, tapi tidak menyatakan nama pasangannya. Kini segala-galanya sudah terjawab.
Agaknya tarikh kahwin sudah dekat. Sebab itulah mereka berani membuka mulut. Namun Ikin nafi mereka sudah pilih bulan Disember sebagai masa untuk bersatu sebagai suami isteri.
Sumber: mangga
No comments:
Post a Comment