Saturday, September 29, 2007

dipetik dari gua.com



by gua.com.my

Sept 28, 2007
Semenjak dua-menjak kita menjejak ke dalam bulan Ramadhan ini, GUA ada menghadiri beberapa majlis berbuka puasa dan juga satu majlis joget lambak(!).
Sambil-sambil menyaksikan persembahan mereka dan memperhatikan gelagat mereka di luar pentas, yang sempat terserempak tu GUA pun tanya: puasa ok ke, apa plan mereka untuk Hari Raya ini, dan mereka sibuk dengan projek apa sekarang? Satu lagi soalan yang semua dengan lembut hati rela menjawab juga: masa kecik pernah ponteng puasa ke tak? Masa tak kecik? Hahaha – bergurau sahaja! Ikuti …
Senario
Bagi pelawak paling popular negara, bagaimana agaknya gelagat mereka bila tibanya bulan puasa? Ha ha, GUA bangga untuk melaporkan bahawa jawapannya adalah “biasa sahaja.” Mereka adalah mereka. Lawak pun tetap lawak juga, tetapi usahlah keterlaluan.

“Kita hormat Ramadhan kerana ia bulan yang mulia,” jawab Azlee, anggota kumpulan lawak termasyhur negara ini, apabila diajukan soalan ponteng puasa ini. “Kita tak perlu tunjuk-tunjuk perangai yang bukan-bukan di khalayak ramai.” Hmm, takdelah tu…
“Biasa lah, kami kecik-kecik dahulu seboleh-bolehnya nak separuh hari, yang lain, hancur. Sepuluh hari pun jadi. Kita belajar,” ujarnya dengan olok-olok kasar yang menjadi trademark lawaknya selama ini.
“Kalau ada masa terluang, kita cuba buat rumah terbuka. Memang tiap-tiap tahun kita akan buat. Tetapi tengoklah macam mana, nampak gaya kali ni tiga-tiga balik kampung masing-masing dan beraya menghabiskan masa dengan keluarga sebanyak mungkin.”
Bagaimana dengan album Senario? Sejak album Senario 3 dahulu, tiada lagi follow-up.
“Oh, takde lah lagi album nampaknya. Filem mungkin akan bertambah lagi tetapi album saya benar-benar tak pasti.”
Melihat kepada persembahan Azlee, bersama rakan-rakan Senario nya Lan Pet Pet dan Wahid di program Joget Hari Raya bersama Fara Fauzana kelmarin, jelas bahawa puasa tidak akan melemahkan semangat Senario untuk terus berlawak dari hati. Satu kumpulan yang lagenda yang diharap akan tetap menghiburkan orang ramai di tanahair ini.
Def Gab C
Apabila ditanya tentang soalan ponteng-ponteng puasa ini, Def Gab C – rockers yang unggul dengan lagu Cinta Sakti, Asyik dan Lara Arjuna – memang tak cover. Bukan apa, searus dengan jiwa rock mereka, sudah tentu jawapannya yang sempoi sahaja.

“Kadang-kadang tu, bila aku rasa nak hisap rokok aku hisap aje,” gelak gitaris dan ketua kumpulan, Jemboo, sambil menceritakan pengalamannya menghadapi Ramadhan Al Mubarak.
“Tak makan pun, cuma sekarang ni bila kita bekerja, berkarya, kehendak merokok itu ada lah.”
“Kalau nak tanya aku pasal masa kecik dulu, aku cakap aje mak aku kalau tak puasa. Sebab kita kecik lagi kan. Takde nak tipu-tipu punya,” tambah Eddie, pemain bass kumpulan itu pula.
“Puasa macam biasa tahun ini untuk Def Gab C,” ujar Jemboo lagi. “Memang kita berehat betul-betul bulan puasa ini, dan yang ada pun inilah, program joget Hari Raya ni.”
Aik? Tak jamming ke untuk berlatih untuk album baru kelak?
“Oh, memang takde. Kita benar-benar berehat. Sejak kemunculan di IKON kelmarin, kami tiada apa-apa projek besar di luar selain di dalam studio.”
Def Gab C, yang juga dianggotai oleh pemain dram Atong dan vokalis Arsheed, bakal mengeluarkan album baru mereka selepas Raya kelak. Album live bertajuk FWD 0207 (Volume 2) akan diriliskan sebagai sambungan kepada album live Rewind (Volume 1). Ia mengandungi lima karya baru beserta tiga lagu cover, iaitu lagu hit Search, Cinta Sepi, Noktah Terakhir (Alleycats) dan juga Pesta Muda Mudi (Saloma).
Tambah Edi, kemunculan mereka di program istimewa Hari Raya TV3 baru-baru ini, Joget Lambak Bersama Fara, merupakan kali pertama mereka membuat persembahan untuk penonton studio bagi menyambut Hari Raya.
“Yelah,” katanya, “rockers kan susah nak diundang untuk program raya.”
Ha ha, sabar sahajalah Def Gab C, dan teruskanlah perjuangan rock nusantara anda!
Datuk Siti Nurhaliza
Bagi Datuk Siti Nurhaliza pula, soal ponteng puasa memang tak menjadi isu. Hmm. Adalah juga kan, waktu kecik-kecik dahulu.
“Eh pernah (ponteng) … cuma kena tangkap tu belum pernah lah,” akui beliau dengan ramah sekali. “Tapi ini dulu ya, masa Siti kecik dulu. Sebenarnya orang tak panggil ‘ponteng’, orang panggil ‘cikelat’.”

Ok … jadi Siti beraya di mana tahun ini? Ada rancangan besar-besaran ke?
“Tahun lepas Siti beraya di kampung Siti di Kuala Lipis kerana tahun lepas Siti dah beraya di Kedah. Insya Allah rancangan Siti tahun ini takdelah besar, sederhana sahaja, tetapi kalau sempat Siti akan beraya di kampung dan juga di Kuala Lumpur bersama suami, kemudian bersama ibubapa saya di Kedah kalau berkesempatan.”
Bukan apa, kerana pada Hari Raya kelima nanti, Datuk Siti bakal membintangi teater muzikal Remy yang dinanti-nantikan.
Apa lah lagi agaknya pengalaman berpuasa penyanyi nombor satu kita ni?
“Hmm, kenangan cuba-cuba berpuasa semasa kecil memang banyak lah. Ini semua semasa kita baru belajar berpuasa. Tetapi sekarang ni alhamdulillah, setiap kali bulan puasa semuanya berjalan dengan lancar.”
Apa projek seterusnya untuk Datuk paling lawa di Malaysia ini? Siti berharap bahawa peminat-peminatnya setia menunggu album barunya yang akan tiba di hujung tahun ini.
Album ini akan membawakan kelainan konsep untuk permaisuri pop ini, kerana ia diterbitkan sebagai sebuah album transrikpsi.

No comments: