Tuesday, September 11, 2007

PENGAKUAN ASHRAF DANIEL SINCLAIR TENTANG CIUMANNYA

“Saya akui sedang dilamun cinta dengan Bunga dan penyebaran gambar itu tidak sepatutnya berlaku. Justeru, saya mengadakan sidang media ini kerana prihatin terhadap apa yang sudah berlaku.

“Saya cuma ingin membuat penjelasan supaya semua pihak faham situasi kami,” katanya pada sidang media di sini semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung gambar yang tersebar di internet.

Hubungan mereka berdua bermula sejak April lalu apabila Ashraf menemubual Bunga untuk rancangan Beat TV kendaliannya. Bagaimanapun, hubungan mereka makin intim sejak tiga bulan lalu.

Mengulas mengenai insiden itu, Ashraf berkata, tiada apa yang boleh dilakukannya kecuali meminta maaf.

“Saya sedar perkara seperti ini bukan untuk pengetahuan umum dan kami sememangnya sentiasa berhati-hati. Apabila ia sudah berlaku, hendak menafikannya tidak berguna lagi.

“Gambar itu memang gambar kami berdua tetapi kejadian ini memberi ruang untuk saya belajar daripada kesilapan,” katanya.

Ashraf berkata, beliau menyedari penyebaran gambar itu di internet minggu lalu selepas dimaklumkan oleh Bunga. Selepas berbincang dengan pihak pengurusan, Beyond Events serta mendapat sokongan keluarga, Ashraf menganggap penjelasan menerusi sidang media tindakan terbaik.

No comments: