Wednesday, September 19, 2007

Artis kene tangkap ngan kekasih.....HOT STORY!

TERKEDU Kak Uda apabila mendapat satu panggilan telefon daripada
seseorang
mengenai seorang aktres yang cantik manis dan sentiasa menjadi sanjungan
para peminatnya.

Kak Uda terkedu bukan apa kerana selama ini aktres yang seorang ini
memang
pandai cover line. Apa juga perbuatan yang tidak manis dibuatnya semua
selamat dan kalau diceritakan pun para peminatnya tidak percaya.
Sebabnya
si aktres ini bukan saja kariernya sebagai pelakon, malah hidupnya juga
sentiasa berlakon.

Al-kisah menurut si pemanggil, aktres ini sudah lama tinggal bersama
kekasihnya yang juga artis di sebuah apartmen mewah. Aktor yang kacak
bergaya ini khabarnya sudah buat keputusan untuk berkahwin dengannya.

Tapi...jawapan daripada si cantik manis ini janganlah terlalu
tergesa-gesa
dan minta tempoh sebelum mereka akhiri hubungan mereka dengan ikatan
perkahwinan. Disebabkan sayang si aktor ini terima cadangan itu.

Nak dijadikan cerita Jumaat lalu, aktres ini memberi alasan kepada
kekasih
hatinya dia tidak dapat balik ke apartmen kerana shooting filemnya
dijangka
lambat habis.

Si aktor yang mengesyaki sesuatu telah pergi ke rumah kekasihnya dan
setelah pintu rumahnya di buka oleh seseorang, si aktor mengetuk pintu
bilik kekasihnya.

Setelah sekian lama menanti, kekasih hatinya keluar dengan muka selamba
dan
bersumpah tidak berlaku curang atau bermain kayu tiga di belakang
kekasihnya.

Tapi...tiba-tiba kekasih baru aktres berkenaan seorang VVIP keluar bilik
dengan seluar pendek. Apalagi penumbuk singgah di mukanya dan tembelang
aktres itu pun pecahlah.

Kak Uda: Nasihat untuk aktor dan aktres ini sepandai-pandai tupai
melompat
akhirnya jatuh ke tanah juga dan bangkai gajah tidak boleh ditutup
dengan
tudung saji.





JAWAPANNYA.....PEMPUAN TU ERRA FAZIRA....KEKASIH YANG MENUMBUK TU HANS
ISAC
& YANG KENA TUMBUK TU ENGKU EMRAN..BIG BOSS SURIA FM...




Kakak Tua: Cinta tiga segi terlerai akhirnya....

AKHIRNYA semua persoalan yang bermain di benak peminat artis kesayangan ramai Erra Fazira dan Hans Isaac terjawab. Itupun setelah terjadi peristiwa di apartment yang menyaksikan drama hebat yang dipentaskan tanpa tuan direktor.

Jika selama ini kedua artis ini bermain teka teki sehingga semua orang keliru dengan sandiwara yang mereka lakonkan, kini mereka sudah tidak mampu lagi mengelak kerana realitinya sudah di depan mata.

Tidak perlu lagi berselindung kenapa dan mengapa pemberian seutas jam Rolex bernilai RM10 ribu diberi sempena hari lahir Erra Fazira yang ke 33 Februari lalu. Yang mana motif sebenar pemberian gift of love ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Erra kerana menurut Erra " Kami tidak bercinta".

Mana mungkin pemberian semahal itu diberi atas dasar sebuah persahabatan. Tapi peminat dan wartawan yang baik sangka hanya menerima sahaja kenyataan yang diberi walau jauh di dalam hati Kakak Tua sudah timbul bermacam kemusykilan dan kejanggalan kerana pernah diberi tip off tentang hubungan merpati dua sejoli ini sejak dua tahun yang sudah.

Ketika itu, tiga 'dara' pingitan Umie Aida-Nasha Aziz-Erra Fazira tengah menjalankan ibadah umrah di tanah suci. Kakak Tua difahamkan Erra sedang 'mabuk cinta' dengan Hans pada masa itu. Wallahualam.



Cinta tiga segi... Hans, Erra dan Engku Emran

Apabila kedua mereka dipasangkan dalam filem Pesona Non Grata terbitan Nizarman Productions yang mana penggambarannya berlangsung di Bangkok, Kakak Tua sekali lagi mendapat informasi dari sumber sahih yang mereka adalah pasangan kekasih. Namun kedua-dua mereka tetap berpegang pada jawapan standard yang klise dan membosankan ..."kami Hanya Kawan baik."

Justru bila keluar pengakuan dari Hans yang mereka sah putus cinta dalam dada akhbar hari ini, Kakak Tua pun tertanya-tanya "Macam mana sebuah perhubungan boleh berakhir sedangkan ianya TIDAK pernah bermula?"

Walaupun delayed action, sikap yang tunjukkan oleh Hans patut dicontohi, sikap gentlemannya yang sanggup ke depan untuk meleraikan kekusutan cinta tiga segi yang sedang hangat diperkatakan kini. Sikap terpuji ni tidak termasuk sikap cepat tangan membelasah insan seorang itu kerana emosi yang tidak terkawal. Tapi itu cerita lain....

Walaupun pada hakikatnya, pengakuan Hans nanti akan bercanggah dengan pengakuan Engku Emran (Ketua Pegawai Operasi Suria FM) dan Erra sendiri. Kalau percanggahan fakta itu tidak ketara tak apa lah juga.

Tapi bagaimana kalau percanggahan fakta itu akan mengelirukan lagi pembaca, peminat setia dan wartawan seperti bila sebenarnya Erra dan Hans putus cinta? dan bila pula terjalin hubungan cinta di antara Erra-Engku Emran? Bila kali terakhir Erra dan Hans bersama sebagai kekasih? Benarkah Engku Emran adalah pilihan emak Erra seperti yang didakwa oleh Erra? Dan Erra-Engku bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi....

Banyak lagi persoalan yang timbul tanpa ada satu jawapan yang pasti. Hanya Tuhan dan tuan empunya diri saja yang tahu apa sebenarnya berlaku. Namun untuk memastikan kekeliruan ini tidak berlanjutan, molek sangat lah kalau ketiga-tiga pihak yang terlibat diberi peluang 'membela diri' dan membuat penjelasan masing-masing.

Jangan nanti pihak media dijadikan kambing hitam dan dipersalahkan kerana kekeliruan fakta, 'salah lapor' dan 'buat cerita.'

Untuk skandal yang begini hebat, rasanya pihak wartawan lah yang paling berhemah sekali memandangkan perhubungan silaturrahim dan kemesraan yang terjalin sekian lama dengan Hans dan Erra. Dek kerana sikap hormat ini jugalah apa saja yang dilaporkan lebih berlapik dan mereka tidak terus 'Terjah'.

Implikasi penjelasan dari sebuah hati yang dilukai ini tentu sahaja akan membawa impak negatif kepada Erra-Engku Emran. Maklumlah orang yang 'teraniya' akan selalu dapat simpati yang lebih, jadi pandai-pandailah ambil hati peminat yang sudah tawar hati pada Erra.

Kalau dalam cerita Bollywood, saat kritikal macam ni, hero yang dah direject akan menyanyi mendayu-dayu sehingga cair hati bekas kekasih. Dan berlakulah persimpangan dilemma. Sudah berbuih mulut Kakak Tua berpesan jangan sesekali menghampiri perbuatan negatif seperti bercakap bohong, hipkorit atau membuat onar pada diri sendiri atau sesiapa saja kerana kesannya akan timpal balik pada kita juga. Tapi lagi dipesan, lagi menjadi-jadi....

Pada Erra, carilah hikmah di sebalik kejadian. Janganlah terus-terusan bermain wayang. Pengakuan jujur walau sepahit mana sekalipun akan dapat diterima. Hargailah hati seorang kekasih, mahupun bekas kekasih. Jangan suka bermain perasaan orang yang sayang pada kita.

Kakak Tua ingin berpesan pada Hans supaya belajar menerima hakikat antara kebenaran dan kebathilan. Belajar kawal emosi dan maafkan keterlanjuran agar hati kita lebih tenang meneruskan sisa-sisa kehidupan. Sejarah sudah banyak kali mengajar Hans yang kilauan benda palsu tidak akan kekal justru carilah yang hakiki.

Bagi Engku Emran pula, remember two wrongs never make a right. Dan bila tengah kemaruk cinta, cuba buka mata hati dan akal agar pantulan cahaya itu tidak akan sesekali menyakiti kita seperti yang pernah terjadi pada pencabar terdekat, Hans Isaac.

Kakak Tua: Hendak tujukan lagu 'Airmata Kasih' nyanyian R.Azmi untuk Hans Isaac dengan ucapan lupakanlah Persona Non Grata (The Unwelcome Person)!





Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya."
(Al-Baqarah : 42)

No comments: