Wednesday, October 17, 2007

Dhani lancar paket baladewa



by gua.com.my

Oct 17, 2007

Apa gerangan Ahmad Dhani kembali mengunjung ibukota Malaysia kali ini? Tujuannya seperti biasalah untuk melancarkan serta mempromosikan tour baru kumpulan Dewa 19 yang akan meredah lima kota Malaysia dan juga produk baru Celcom Xpax, ‘Paket Baladewa’.
Tour 5 Kota Dewa 19 akan melihat mereka menyinggah di Penang, Johor Baru, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching bulan November dan Disember ini.
Sahutannya kepada peminat kali ini? “Gilailah muzik,” katanya serius. “Saya yang ini gila muzik, oleh itu gilailah muzik.”

Paket Baladewa pula, paket khas untuk pelanggan telefon mobil prabayar, memberikan pelanggan kadar panggilan dan SMS yang terendah ke Indonesia sebanyak 15 sen. Selain itu, pengguna Xpax akan mendapat sambungan langsung dengan panggilan terus dail yang berkualiti, tanpa kelecehan prefix 131. Peminat Dewa 19 pula akan menerima poster percuma band ini dan juga muat turun Call Me Tones ekslusif melodi Dewa 19.
Sebagai musisi, apa kata mereka pula berhubungan ini? “Jika tak mahu telefon pakai saja Xpax. Itu saja,” pesan Dhani ringkas.
Datang sekali lagi tanpa anggota-anggota lain, kehadiran “kepala” kumpulan unggul dari Surabaya ini memang masih mampu menawan satu dewan penuh dengan rakan media, peminat meleleh dan juga awek-awek yang menggilai si Dhani ni.



Mereka yang disebutkan ini pun pasti terharu apabila kedengaran lagu baru gubahannya, Cintaku Tertinggal Di Malaysia, dilaungkan buat pertama kalinya khas untuk semua yang hadir di sidang media Celcom ini. Antara lagu terindah Dhani sejak Cintakan Membawamu Kembali (lama tu!), lagu ini memerah kesayuan piano dengan bentuk gubahan yang benar-benar serumpun dengan lagu-lagu Queen dan Beatles kegemaran Dhani. Tetapi senikatanya – hmm, lagu cinta sejati ke lagu bodek?
Walau apapun, nantikan letupan Dhani dan Dewa 19 yang seterusnya. Bagaimana agaknya langkah muzikal mereka seterusnya …
*Untuk baladewa dan baladewi yang menggunakan Celcom dan mahu lebih keterangan, sila telefon Celcom Care Line di talian 1111 dan 1-300 111 000 untuk pengguna bukan Celcom.

No comments: