Wednesday, October 3, 2007

Makin matang





Elyana akui muzik dan lirik album terbarunya lebih dewasa

JIKA tiada aral melintang, selepas Aidilfitri ini peminat Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali dengan nama Elyana akan dapat menikmati album solo keempatnya yang sudah pun siap dirakam.

"Buat kali kedua selepas Bicara Mata Ini, saya dapat bekerjasama sepenuhnya dengan penerbit yang juga pencipta lagu popular, Aidit Alfian. Boleh dikatakan, dialah orang pertama yang amat memahami kehendak saya dan syarikat rakaman. Kami saling mengerti jalur muzik terbaik untuk saya," katanya yang cukup meledak bersama lagu ciptaan komposer itu, Tak Tercapai Akalmu.

No comments: