Wednesday, October 3, 2007

dipetik dari gua.com





November ini sejarah bakal tercipta apabila gua.com.my menyiarkan drama bersiri ‘online’ yang pertama di Malaysia – Kerana Karina. Apa istimewanya drama ini?
Menurut Pengurus Besar, Portal Gaya Hidup, Alt Media Sdn Bhd (pengendali gua.com.my), M. Zulkifli, Kerana Karina merupakan drama ‘online’ yang pertama di negara ini dan ia dijayakan oleh ramai bintang popular seperti Elaine Daly, Sazzy Falak, Azizan Nin, Roslan Aziz dan Razali Hussien. Marsha AF akan membawa watak Karina.

“Bagi saya drama ini istimewa kerana ia memerlukan jalan cerita yang cukup ringkas tetapi padat. Ini kerana setiap episod hanya akan disiarkan selama empat minit dan ia perlu disertai dengan konflik dan pengakhiran yang boleh menjadi tanda tanya.
“Selain itu, bagi memastikan drama ini mencapai ekspetasi, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) telah diberi kepercayaan untuk menerbitkan drama yang menelan belanja sebanyak RM120 ribu ini. Saya percaya GBSB mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan ia telah pun terbukti menerusi filem Cinta yang telahpun merangkul banyak anugerah.”

Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan kehidupan Karina, seorang penyanyi baru yang sedang mencipta nama dan sangat popular. Berlatarkan industri muzik tanahair, Kerana Karina membawa penonton sama-sama menjengah ke dalam dunia realiti seorang penyanyi. Pelbagai cabaran dan konflik yang terpaksa dihadapi oleh Karina semasa dalam proses pembikinan album keduanya. Selain itu, Karina juga terjerat dengan masalah cinta apabila dia mula jatuh cinta dengan penerbit albumnya.

Bagaimana kesudahan drama ini? Jangan lupa nantikan kemunculannya di gua.com.my bermula November ini. Sementara itu, jangan lepaskan peluang melihat proses di sebalik tabir drama ini hanya di gua.com.my.

No comments: