Wednesday, October 3, 2007

Spider tak takut digam gara-gara tinggalkan konti

Tindakan dibuat atas dasar perjuangkan prinsip, mahu artis kita dihormati

BUKAN lagi rahsia. Sebaliknya satu Malaya sudah tahu bahawa gosip yang menyatakan sebuah kumpulan muzik meninggalkan konti radio gara-gara tidak puas hati dengan deejay bertugas sebenarnya merujuk kepada kumpulan Spider. Bagaimana boleh jadi begitu? Apakah yang dilakukan si deejay sehingga sang labah-labah ini naik angin?

Biarpun tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua belah pihak namun difahamkan insiden itu berlaku apabila penyampai stesen radio swasta ini tidak profesional ketika bekerja. Kononnya, sepanjang temu bual berlangsung nampak sangat dia tidak membuat sebarang persediaan apabila bertanya perkara remeh temeh mengenai kumpulan ini.

1 comment:

MISYA said...

HI thanks for adding my link on your blog. I have added you link in my blog too. win-win lah