Tuesday, November 27, 2007

Betty Banafe berdebar jalani pembedahan!

23-11-2007 02:48:17 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SETELAH menyedari kesakitan yang keterlaluan di bahagian rahim sejak enam bulan lalu, pelakon telenovela Spa-Q Betty Banafe melakukan pembedahan pada jam 3 petang ini di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Doktor mengesahkan penyanyi lagu irama Arab ini mengidap penyakit ketumbuhan atau cyst dalam rahim selepas dua bulan mengalami kesakitan tersebut.
"Masa mula-mula tu rasa sakit sangat di pangkal rahim yang saya ibaratkan seperti wanita nak bersalin.


Betty pertama kali melalui pembedahan (Foto dari fail The Star)

"Saya sangka benjolan tersebut boleh kecil dan ia merupakan serangan biasa. Selepas saya melakukan pemeriksaan doktor, dia mengatakan "Yours is big already." iaitu dalam enam sentimeter. Kemudian dia kata "Just wait for another four months.".
"Saya tak tahu apa puncanya tapi mungkin penyakit keturunan kerana ibu saudara saya tidak mempunyai anak. Dulu kita kurang arif tentang penyakit ini tapi sekarang teknologi semakin canggih dan kita mampu mengesan setiap penyakit yang dialami," ujar Betty ketika dihubungi.
Betty mula bersedia untuk dibedah selepas mendapat kebenaran daripada ibunya dan menyelesaikan kerja yang perlu dilakukan sebelum ini.
"Saya rasa lebih baik buat pembedahan bagi mengelakkan ia pecah. Better do it as soon as possible.
"Selepas membuang benjolan tu saya akan jadi normal dan sihat seperti sedia kala dan kalau berkahwin tak ada masalah untuk mengandung, Insya Allah," kata Betty dengan tenang.
Walaupun perasaan berdebar tetap ada kerana inilah kali pertama beliau melakukan pembedahan lebih-lebih lagi melibatkan pangkal rahim.
"Saya hanya berserah kepada Allah dan ibu juga berpesan supaya banyak bertawakal daripada saya menanggung sakit dan menyebabkan ketumbuhan tersebut pecah sehingga menjadi racun dalam badan.


"Selepas melakukan pembedahan, doktor menasihatkan saya untuk tidak melakukan
Betty kelihatan anggun dan cantik ketika memperagakan abaya rekaan Ameera Aamer
aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan selama dua minggu.

"Masa tu juga saya tak boleh ke gymnasium. Saya berkemungkinan tak boleh berjalan selama seminggu," ulas Betty yang selalu memikirkan kebahagiaan hidupnya tanpa menyalahkan takdir.
Wanita berusia 30 tahun ini percaya jodoh akan datang kemudian dan tidak perlu terlalu dititikberatkan kerana beliau ingin menumpukan perhatian kepada karier seninya sekarang.
Bagi Betty penyakit yang dialaminya bukanlah sesuatu yang biasa dan boleh mengancam nyawa wanita jika tidak diambil tindakan namun memang banyak berlaku dikalangan mereka.
"Penyakit ini saya rasa ramai wanita yang tahu. Ia seperti belon yang berada di bahagian ovari.
"Penyakit ini memang kita tak dapat jangka. Jadi, saya nasihatkan kepada mana-mana wanita yang mengalami penyakit ini supaya tidak menyimpannya. Yakinlah bahawa setiap penyakit ada jalan keluarnya dan cubalah untuk mencari penyelesaiannya," terang Betty yang terlibat dengan peragaan fesyen pada Isnin lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan semalam di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
Betty memperagakan jubah muslimah yang dipanggil abaya sentuhan pereka fesyen Dubai yang juga puteri raja di negara Arab iaitu Ameera Aamer dalam Festival Fesyen Islamik Kuala Lumpur-Jakarta.


Ameera memberi penerangan tentang busana muslimah yang disarungkan oleh Betty

No comments: