Friday, November 16, 2007

Topic: siapa lagi yang gaduh ni..

by: Mangga Online


Seorang dramatis wanita jelita yang wajahnya kini laku betul di kaca TV dikhabarkan telah dihadiahkan sebuah kereta mewah oleh seorang Datuk berstatus duda yang menjadi buah hatinya.

Dalam keasyikan kedua-dua manusia ini bercinta ada seorang pelakon wanita muda berambut panjang cuba mencantas hubungan cinta mereka. Pelakon yang amat minat barangan luar negara ini dikatakan cuba menggoda Datuk tersebut. Dia yang buat rumah terbuka pada hari raya menjemput Datuk handsome tersebut tapi dramatis ala-ala wanita Melayu terakhir itu tidak dibenarkan dibawa sekali.

Lepas tu dengan beraninya pelakon wanita ini menelefon dramatis lemah lembut dan menuduh dramatis ini hanay nak mengikis duit datuk tersebut. Apa lagi! drama berperang pun bermula.

Hmm.. mungkin ramai wartawan dah tahu siapa dramatis dan pelakon ini. Walaupun nama pelakon dan dramatis ini tidak disebut cukuplah untuk dikatakan "Berhentilah bergaduh dan berebut lelaki, macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni lagi".

Bagi yang ingin tahu nama artis-artis yang bikin kecoh ini buka lah mata luas-luas , Manggaonline x kan cakap siapa dramatis tu.. sbb kesian kat dramatis tu.. silap-silap korang dah tahu siapa...

No comments: