Saturday, November 24, 2007

Salem ada hutang rm 60,000 ???



post dari manggaonline.com
Heboh diceritakan bahawa penyanyi Saleem dikatakan berhutang dengan syarikar rakaman Warner Music sebanyak RM60,000.

Saleem pula menafikan jumlah tersebut. Menurut Saleem pada mulanya dia dikatakan berhutang RM60,000 apabila wang tersebut diberikan kepada dia dan isterinya. Namun kemudiannya jumlah tersebut berubah kepada RM20,000.

Saleem sendiri tidak tahu jumlah sebenar hutangnya itu. Menurut Saleem lagi sepanjang bersama Warner dia tidak pernah berhutang malah semua yang diperoleh adalah melalui nyanyiannya.

“Duit royalti dan pendahuluan yang diberikan syarikat ialah duit saya. Kenapa mereka anggap hutang pula?” tanya Saleem lagi. Menurut Saleem lagi isu hutang timbul bila penyanyi itu menyatakan hasrat untuk berhijrah ke syarikat rakaman lain.

Mengenai hal itu, tidak dinafikan Saleem kini sedang berusaha untuk menimbang tawaran dari beberapa syarikat untuk menjadi artis rakaman mereka. Itu pun setelah dia merasakan jodohnya dengan syarikat sedia ada sudah tidak serasi lagi.

“Tunggu sajalah lepas raya nanti apa yang bakal berlaku. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berhijrah. Jujurnya saya memang tak boleh pergi jauh lagi dengan syarikat rakaman sekarang ini,” katanya dengan nada yang cukup yakin.

No comments: