Monday, November 5, 2007

Sinopsis Filem Nana Tanjung 2 Lakonan Fasha Sandha & Saiful Apek

Nana Tanjung 2 menyingkap tentang kesinambungan kisah Nana Tanjung. Ia mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Nana Kassim yang berubah apabila pelbagai cerita timbul mengenai hubungan anak perempuannya dengan bakal suami. Nana yang mendengar tohmahan jiran (lakonan Azean Irdawati) memutuskan untuk mengenakan syarat kepada bakal menantunya dan tidak membenarkan bakal menantunya bertemu dengan anak-anak gadisnya sehingga majlis akad nikah dilangsungkan.

jehan pondan

Syarat tersebut menyebabkan Akhbar Khan (lakonan Saiful Apek) dan Zul (lakonan Jehan Miskin) mencari pelbagai pendekatan dan helah untuk mendampingi anak-anak Nana Tanjung, sehinggalah timbul masalah dan konflik lain dalam hidup ahli keluarga Nana Tanjung. Menerusi syarat dan konflik baru yang bakal timbul dalam Nana Tanjung 2 ini akan menyaksikan banyak sub plot yang disajikan dalam bentuk komedi.

Jangan lupa saksikan Nana Tanjung 2 di pawagam seluruh Malaysia pada 29 November 2007. Ia bakal menjadi filem paling kelakar tahun 2007.

Gambar Jehan Miskin dan Saiful terpaksa menyamar sebagai perempuan dalam Nana Tanjung 2.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

No comments: