Sunday, November 11, 2007

Norkhiriah keguguran

Utusan Mingguan 11/11/07

KASIHAN Joyah dengar cerita pelakon berbakat yang kecil molek ini. Khabarnya dalam seronok dia menyambut berita kehamilannya baru-baru ini, tetapi ada pula yang tidak kena dengan kandungannya itu.

Khabarnya kandungannya yang berusia tiga bulan tidak menjadi kerana terdapat masalah pada janinnya.

Menurut ceritanya, janin itu hanya menjadi ketulan darah dan tidak seperti seadanya apabila usianya meningkat.

Doktor telah menasihatkan Norkhiriah atau mesra dipanggil Nor agar menerima kenyataan sekiranya kandungannya itu gugur. Khabarnya Norkhiriah memang sedih dengan keguguran itu tetapi dia boleh menerima kenyataan bahawa belum rezekinya lagi untuk menimang cahaya mata.

Dalam dok bersedih, dia kemudiannya menerima berita gembira apabila teman baiknya, Ieda Moin kini sedang hamil selepas keguguran tidak berapa lama dulu.

Sabarlah dik! Ada rezeki, Tuhan akan beri lagi. Yang penting, jangan kita lupa untuk memanjatkan doa kepada-Nya.

p/s:ksian khairiah..dah 2 kali gugur..bawak2 sabar dgn dugaan

No comments: