Friday, November 16, 2007

Waheeda Akui Dirinya Pelik




WAJAHNYA YANG CANTIK MANIS TELAH MEMBUATKAN WAHEEDA SENTIASA MENJADI PENGHIAS MEDIA CETAK MAHUPUN ELEKTRONIK. PERKEMBANGAN TERKINI YANG BOLEH DIPERKATAKAN MENGENAI ANAK KELAHIRAN NEGERI DI SELATAN TANAH AIR INI ADALAH DIA AKAN MENGENDALIKAN URUSAN KERJAYA NYANYIAN MELALUI SYARIKATNYA SENDIRI APABILA KONTRAKNYA DENGAN MIG TAMAT BARU-BARU INI. MANAKALA BAGI KERJAYA SENINYA PULA, PARA PEMINATNYA DAPAT MELIHAT LAKONAN TERBARUNYA DALAM FILEM NANA TANJUNG 2 YANG BAKAL MENEMUI PEMINAT DI PAWAGAM.


Sebagai artis yang kisah diri mereka sentiasa menjadi buruan ramai, Waheeda tidak terkecuali. Begitulah realitinya apabila diri menjadi seorang selebriti. Bagi peminat Waheeda, berikut adalah beberapa perkara mengenai diri Waheeda yang masih tidak diketahui ramai.

Berjam-jam berdiri di hadapan cermin
Terkenal juga sebagai perintis kepada penyanyi wanita bertudung telah membuatkan suatu masa dahulu cara dia bertudung menjadi ikutan ramai wanita.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Waheeda mengetahui pelbagai jenis cara ikatan tudung. Ketika ditanyakan soalan tersebut, berikut adalah jawapannya.“Mungkin ada yang tidak percaya tetapi tidak banyak sangat cara ikatan tudung yang saya ketahui. Adalah tiga atau empat gaya sahaja. Sebenarnya saya paling suka ikatan tudung yang simple.

Jenis yang paling saya suka adalah jenis letak pin di kiri tudung kerana ia mudah dan ringkas. “Bagi saya, ikatan tudung ini semuanya bergantung pada diri seseorang itu. Jika hendak buat ikatan tudung yang berbelit-belit dan pelbagai cara itu pun hanya apabila saya ada mood untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Bagi saya, tidak kisahlah wanita untuk melakukan pelbagai gaya ikatan tudung apabila bertudung. Belitlah ikut mana asalkan ia selesa dan sesuai.

Sebenarnya jika ikatan tudung mereka itu kemas ia mampu membuatkan wanita itu cantik dengan sendirinya. Fesyen yang cantik mampu boleh menarik orang yang tidak bertudung untuk mengenakan tudung.”

No comments: