Monday, November 19, 2007

komposer ex nashider da penipu !!!

Wang lesap, album tak jadi
Oleh Rudy Imran Shamsudin


Komposer tidak tepati janji, gagal kembalikan wang ibu tunggal

KUALA LUMPUR: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ibu tunggal beranak empat, Hazlinda Hamzah, 35, atau Lynn yang bercita-cita menjadi artis mendakwa ditipu penyanyi nasyid yang kini bergelar komposer hingga mengalami kerugian RM15,000.

Lebih menyedihkan apabila dia kini tiada lagi wang bagi membiayai kos guaman untuk mendapatkan hak penjagaan anak sulungnya yang kini menetap bersama bekas suami.

Ketika ditemui di pejabat Harian Metro di sini, semalam, Lynn berkata penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan nasyid remaja popular itu pada awalnya berjanji mahu menerbit dan memasarkan albumnya.





"Saya mengenalinya selepas beberapa kali membantu menganjur persembahan dan ceramah motivasi di beberapa daerah di Terengganu, sewaktu aktif sebagai Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Kemaman, Terengganu.






"Selepas kenal agak rapat, penyanyi itu mempelawa saya menghasilkan album kerana tahu saya mempunyai minat dalam bidang itu," katanya.

Bagaimanapun, kata Lynn, dia tidak menyangka penyanyi itu tidak menunaikan janji selepas wang RM15,000 diserahkan.

"Sebelum keputusan menghasilkan album dibuat, saya sudah bertanyakan pelbagai perkara terutama membabitkan kemampuan saya, apatah lagi dalam usia yang sudah meningkat.

"Dia bermati-matian meyakinkan saya bahawa lagu yang dihasilkannya dalam album itu pasti dibeli syarikat rakaman dan saya tidak perlu gusar kerana akan memperoleh kembali wang dilaburkan.

"Bukan itu saja, dia turut menghantar kertas kerja sebagai penjelasan," katanya semalam.

Sebagai orang luar yang agak asing dengan industri muzik tempatan, Lynn berkata, dia hanya menurut telunjuk penyanyi itu hingga timbul masalah untuk mendapatkan pengedar album dihasilkan.

"Saya terkejut apabila penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Carta Nasyid Ikim itu tiba-tiba mengambil keputusan lepas tangan selepas kualiti hasil kerjanya dipertikaikan kebanyakan syarikat rakaman.

"Selepas timbul masalah dan kami mula berselisih faham, saya berusaha sendiri menemui beberapa orang dalam industri seni yang pada awalnya dikatakan sanggup membantu dan disenaraikan dalam kertas kerja diberikan.

"Antara nama disebut ialah pegawai atasan sebuah syarikat rakaman dan wakil syarikat pengedaran album. Saya tergamam apabila mereka beritahu tidak tahu-menahu mengenai proses penerbitan dan pengedaran album saya.

"Disebabkan kasihan, mereka cuba membantu tapi selepas penyanyi itu sendiri mengambil tindakan lepas tangan maka tidak banyak usaha dapat dilakukan," katanya.

Projek album terbengkalai itu turut mengheret Lynn ke dalam beberapa masalah lain termasuk menanggung hutang pinjaman untuk perniagaan taska yang mahu dibuka di sini.

Perceraiannya yang bertitik-tolak daripada isu album terbabit turut menyebabkan dia kini berhadapan masalah mendapatkan hak penjagaan anak sulungnya yang kini di bawah jagaan bekas suami.

"Ekoran yakin apa yang dirancang bakal membuahkan hasil, saya menjual perniagaan taska di Kemaman dan memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan sama di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, apabila permohonan diluluskan, saya dahulukan wang itu untuk proses pembikinan album.

"Saya pernah merayu kepadanya (penyanyi itu) agar memulangkan kembali wang saya secara beransur selepas dia gagal menepati janji.

"Dia mewakilkan bapa dan abangnya untuk berunding selepas saya merayu tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila mereka menghina saya dengan kata-kata kesat. Ini menyebabkan saya terpaksa membuat laporan polis," katanya.

No comments: