Monday, November 19, 2007

Wayang gambar terkini

Poster Filem Orang Minyak

Orang Minyak

Penerbit : Infohibur Production Sdn. Bhd
Pengarah : C.K. Karan, Jamal Maarif
Pelakon : Sharifah Sofea, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Loloq, Sidek Hussin, Jobot Maheran, Bob Kuman, Haji Tawil, Zila Bakarin
Genre : Seram

Sinopsis
\

Salah satu adegan dalam filem Orang Minyak

Filem ini mengisahkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah pusat pengajian tinggi bernama DIAN yang membuat penyiasatan serta kajian mengenai Orang Minyak di Kampung Silang. PAK JUNID menempatkan Dian dirumahnya dan Kampung Silang menyaksikan majlis pertunangan gadis bernama INA dengan majlis bersukaria tetapi dicemarkan oleh amukan Orang Minyak. Orang Minyak yang telah mengganas di kampung itu telah di tawan Pak Junid dan MUNIR seorang pemuda tampan yang penuh dengan ilmu persilatan. Mereka telah mengurung Orang Minyak didalam sebiji botol dan dicampakkan ke dalam tasik.

Salah satu adegan filem Orang Minyak

\
Malangnya botol ini yang tersangkut di antara sampah di dasar tasik telah di naikkan ke atas oleh dua orang kaki pancing dan botol itu dibawa ketepi bangsal lalu dibuka penutupnya. Orang Minyak lepas keluar. Orang Minyak mengganas semula dan Syaitan menghasut MALEK KUMBO salah seorang penuntut seni silat untuk membunuh Tok Guru nya. Malek Kumbo dijanjikan syaitan ilmu yang lebih hebat dari Tok Guru dengan memperkosa 21 orang gadis.

Apakah yang akan terjadi seterusnya ke atas Malek Kumbo dan bagaimanakah Orang Minyak dapat ditewaskan? Saksikan filem Orang Minyak di pawagam mulai 15 November ini.

Penerbit : Pesona Pictures
Pengarah : Suhaimi Baba
Pelakon : Maya Karin, Rusdi Ramli, Sharifah Amani, Adlin Aman Ramlie, Ida Nerina, Nanu Baharuddin, Kamarulzaman Taib
Genre : Drama

"Merdeka! Merdeka! Merdeka"
Agaknya inilah sahutan emosi yang bakal terpahat di minda setiap penonton filem 1957: Hati Malaya. Banyak babak-babak filem interpretasi Shuhaimi Baba ini yang bakal menjadikan sebahagian besar penonton insaf dengan pengorbanan genarasi terdahulu dalam memastikan kemerdekaan berada dalam genggaman.


1957 Hati Malaya

Sinopsis
\Hati MalayaSemangat Merdeka - Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi - dengan berpegang kepada intergriti Negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.

Maya Karin dan Rusdi Ramli\Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957 - Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - Rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.

Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Kahayan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan. Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.


Teater Muzikal P.Ramlee


Teater muzikal P. Ramlee\"\"\"Teater\"\"Pasti banyak mata dan hati yang terpegun dan terpukau menonton pementasan teater P. Ramlee The Musical... The Life... The Loves & The Inspiration. Sekalung tahniah diucapkan buat Datin Seri Tiara dan Enfiniti Productions Sdn. Bhd. kerana kesungguhan dan dedikasi mengangkat kisah seniman agong Malaysia ini untuk dipentaskan.

\"\"\"Teater\"\"teater muzikal P. RamleePujian harus diberikan kepada semua yang menjayakan pementasan yang amat menarik ini. Ensamble pelakon, rekaan props, gubahan muzik dan koreografi yang begitu mengasyikkan telah memastikan pementasan ini berjaya.

\"\"\"Sean\"\"Sean Ghazi selaku pendukung watak utama memberikan komitmen yang sungguh membanggakan. Lontaran suaranya tatkala menyanyi memperlihatkan lenggok suara orang Melayu tanpa sedikit pun bunyi mat sallehnya. Lakonan Sean pun begitu bersahaja.

Siti Nurhaliza dan Sean GhaziDatuk Siti Nurhaliza, pemegang watak Azizah, wanita yang begitu berpengaruh dalam kehidupan P. Ramlee turut memberikan persembahan yang menarik meskipun sebagai pendatang baru dunia teater. Semua penonton terpukau dengan kemerduan suara Siti tatkala mengalunkan lagu Mulanya Cinta. Siti kelihatan singguh ayu mengenakan busana tradisonal.

Seorang lagi pendatang baru, Atilia, anak kepada penyanyi Salamiah Hassan, turut memberikan suatu persembahan yang menarik. Atilia memegang watak Junaidah, yang dikahwini P. Ramlee sewaktu mudanya.

Pujian harus juga diberikan kepada Melissa Saila yang mendukung watak Norizan. Dari segi perwatakan Lis berjaya menjiwai rasa membara Norizan. Namun dirasakan Lis perlu memperbaiki mutu suaranya.

Liza Hanim yang mendukung watak seniwati Puan Sri Saloma begitu memukau. Lontaran suaranya ketika menyanyikan lagu Airmata di Kuala Lumpur, Istana Cinta dan Cinta Berbalas Cinta begitu menghiburkan, dicampur pula dengan penghayatan terhadap watak yang begitu bersungguh-sungguh.

Zahim Al-Bakri dan Adlin Aman Ramlie perlu diberikan ucapan tahniah kerana berjaya mengarah teater ini. Begitu juga kepada Pat Ibrahim selaku koreografer, Raja Mali untuk set pementasan dan Erwin Guntawa untuk pimpinan okestra.

Jadi jomlah ramai-ramai ke Istana Budaya untuk menonton teater ini.


No comments: