Sunday, November 11, 2007

Ura-ura Erra di Suria


Metro Ahad 11/11/07

DALAM kecoh-kecoh bahagia dengan cerita perkahwinan dan persandingan Engku Emran dan Erra Fazira sepanjang minggu lalu, CAK turut diperdengarkan satu perkembangan menarik mengenai selebriti tersohor Malaysia itu.

Satu sumber memberitahu CAK, Erra bakal mengendalikan satu segmen atau program di Suria FM, tempat suaminya bertugas selaku Ketua Pegawai Operasi, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, CAK belum boleh jelaskan nama segmen atau konsep serta bila mereka akan ke udarakan dari stesen berkenaan.

Opps! Jangan cepat mentafsir bukan-bukan kononnya Erra menggunakan suami atau Emran guna populariti isteri, kerana CAK melihat elok juga mereka bekerjasama begitu.

Kalau benar apa yang CAK dengar ini, Erra bukan artis pertama mengendalikan program di radio.

Radio lain pun sekarang lebih menggunakan populariti seseorang daripada bakat sebenar mereka. Apapun itu strategi masing-masing dalam mencuri rating.

Bagaimanapun dalam Suria, CAK tidak kata yang Erra akan jadi penyampai radio atau deejay, tetapi anda semua tunggulah kalau apa yang dirancang mereka menjadi.

No comments: