Friday, November 16, 2007

laki siti lagi...kes saman malu

Saman malu
Oleh Meor Riduwan Ahmad


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam, menetapkan 17 Januari depan untuk pengurusan kes saman malu dikemuka seorang remaja terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, iaitu Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu bagi membolehkan plaintif dan responden memfail dokumen masing-masing untuk perbicaraan kes itu.

Keputusan dalam kamar turut mengarah plaintif dan responden mengemukakan ringkasan kes kepada mahkamah serta menyediakan senarai saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Peguam Suraj Singh yang mewakili plaintif, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham, 19, mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding tertutup itu.

Menurut Suraj, pengurusan kes itu adalah prosedur biasa yang dilakukan bagi mengelak timbul pertikaian berhubung dokumen diperlukan ketika perbicaraan kelak kerana kedua-dua pihak plaintif dan responden sudah memfailkan dokumen masing-masing.

Suraj turut menyebut bagi pihak peguam responden, Gurbachan Singh yang tidak dapat hadir kerana menghadiri perbicaraan kes lain.

Pada 13 April lalu, Muhammed Kasheef memfailkan saman malu terhadap Datuk K kerana mendakwa ahli perniagaan itu menahannya secara salah, mencederakan serta memfitnahnya sebagai pengedar dadah.

Plaintif mendakwa kejadian itu berlaku di rumah Khalid di No 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 17 Mac 2007, jam 11.30 malam hingga 1 pagi, 18 Mac 2007.

Dalam writ saman itu, Muhammed Kasheef dari No 7, Jalan Kelab Ukay 11, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa mendakwa pada tarikh itu, beliau menerima dua SMS daripada anak responden, iaitu Mohamed Adib Khalid, 19, meminta dia datang ke rumahnya.

SMS itu dipetik plaintif seperti berikut: 'Bro, please pick up. My, dad wants to see you'; 'Bro, tolonglah aku... angkat phone... my dad cakap kalau kau tak datang dia hendak hentak aku, pls bro'.


No comments: