Friday, November 30, 2007

Topic: 15 TAHUN GIAN GANJA

DIPETIK DARI SEBUAH AKHBAR TABLOIG

Begitulah pengakuan ikhlas seorang artis yang juga seorang pelawak, pengacara dan juga penyanyi kepada wartawan di sebuah majlis baru-baru ini. Luahan dan pengakuan yang dibuat bukan tujuan meraih simpati atau menagih populariti tapi sebagai renungan dan perlu dijadikan iktibar bersama.

Malah perubahan pada imej dan gayanya yang semakin lembut membuat wartawan tertanya-tanya selain isu suntikan botok adakah dia sedang berusaha melakukan perubahan lain pada kelakiannya? Kenapa dia perlu melakukan semua ini sedangkan dia adalah lelaki tulen dan sudah punya dua anak walaupun sudah lebih lima tahun hidup menduda. Apa yang membuat hatinya terguris, ikuti luahannya…

“Saya akui ada yang suka dan ada yang tak suka dengan perubahan yang saya buat ini. Saya memilih untuk berubah adalah dengan sebab-sebab tertentu. Pada yang tak suka terpulanglah pada individu. Saya tak paksa orang suka pada saya.

“Tapi apa yang saya nampak, selepas saya melakukan perubahan ini rezeki saya bertambah. Buktinya dalam bulan ini, ada sahaja show yang saya dapat dan tak putus-putus. Baru-baru ini, saya telah membuat persembahan ke Brunei dan pada hari berikutnya pula saya sibuk dengan dinner show di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kenapa saya perlukan perubahan ini? Pertama sekali saya tidak mahu lagi dipandang seperti artis yang tak ada pendirian dan perlu terus hidup dari caci hina masyarakat yang memandang serong pada saya.

“Terus terang saya katakan, saya ni seorang penagih dadah. 15 tahun saya bergelumang dengan benda haram tu, sehari kalau saya tak dapat saya rasa hidup saya ni gelap. Bagi saya 15 tahun bukan jangka masa yang pendek. Saya sendiri pun macam tak percaya, apalagi ketagihan ganja buat saya jadi cengkung dan hidup tak bermaya.

“Menyesal juga memilih jalan itu, tapi nak buat macam mana, menyesal sekali pun dah tak ada gunanya lagi. Hanya satu yang buat saya bangkit dari kesilapan. Satu hari anak saya di hantar oleh ibunya ke rumah saya. Mereka melihat saya cengkung dan kurus mereka bertanya, abah buat apa?

“Kemudian mereka tunjukkan gambar jantung kepada saya. Mereka kata, kalau abah merokok nanti jantung rosak. Sebagai lelaki dan juga bapa kepada dua anak, terus terang saya katakan hati ini jadi sebak mendengar kata-kata anak yang berusia lima tahun dan dua tahun itu. Saya menangis semahu-mahunya.


PS/: SIAPAKAH ARTIS TERSEBUT? NAK TAHU NAMA, BACA SENDIRI SAMBUNGAN CERITANYA.

No comments: