Friday, November 16, 2007

Selepas 15 Tahun Bersamanya…Nor Aliah Lee @ Vee




Ikatan perkahwinan itu satu yang mulia dan anugerah terindah dalam penikahan adalah kekal bahagia. Bila kita sudah merasakan nikmatnya ‘kebahagiaan rumahtangga’, siapa sahaja enggan untuk melepaskannya bukan? Namun diketahui bahawa segala kebahagiaan itu tidaklah kekal adanya, ini sudah merupakan hukum alam yang tidak dapat dibantah lagi. Hukum ini juga berlaku bagi ‘kebahagiaan’ itu, bila saatnya ia berubah menjadi ‘penderitaan’ dan ‘perpisahan’. Suatu keadaan itu mungkin berubah atas kesilapan diri atau kata-kata biasa yang sering diucapkan ‘tiada jodoh’.

Memahami keadaan ini membuat kita mestinya sedar, bahawa tidaklah ada sesuatu pun yang dapat membuat kita ‘bahagia’ tanpa kembali ‘menderita’. Sebab yang ada adalah ‘keinginan’ yang tidak habis-habisnya. Keinginan untuk berbahagiapun suatu ‘keinginan’ bukan? Oleh kerana itu, tepat di saat ini Nur Aliah Lee atau Vee mula mencari kebahagiaan dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Agak dalam maknanya... dari kebahagian yang dikecapi 15 tahun, berakhir dengan kegagalan dan dari kegagalan ini ditemui erti penderitaan. Setelah menempuh penderitaan yang amat sakit, harapan yang tinggi untuk bertemu kebahagiaan...

Memetik kata-kata Vee... ‘Bagaimana saya mampu memberi kebahagiaan kepada anak-anak jika diri sendiri tidak bahagia’ Ucapan itu disusun atur dengan penuh ketegasan biarpun raut wajah Vee kelihatan sugul dan tenang di hadapan penulis, KIFFY RAZAK. Pagi itu kehadiran Vee ke Studio Karangkraf cukup ringkas, tanpa sebarang solekan ditemani anak kesayangannya Puteri Nur Asyiqin. Bukan mudah untuk memujuknya muncul sebagai penghias wajah hadapan majalah NONA, setelah beberapa kali disuarakan oleh Kak Intan akhirnya Vee bersetuju. Pada awal perkenalan kami, kelihatan Vee agak kurang berbicara dan serius. Tetapi setelah dihangatkan suasana dengan bersulam jenaka, personalitinya yang peramah mula kelihatan.

Sempat lagi Vee bergurau ‘Cantiknya make-up hari ini, terus berubah dari penampilan biasa. Boleh tempah sekali untuk majlis perkahwinan kita nanti! Tapi sebelum tu perlu cari pengantin lelakinya dulu...’ ‘Wah! Biar benar... tapi jika benar sekalipun apa salahnya,’ jawab penulis. Memang Vee masih kelihatan cantik di usia 35 tahun, biarpun kini memegang status ibu tunggal bersama lima orang anaknya. Penulis terus rancak berbicara secara eksklusif, kisah di sebalik perpisahan perkahwinannya bersama pengarah terkenal Aziz M. Osman dan persoalan mengenai penampilan Vee kini.

Bagaimana keadaan Vee sekarang selepas beberapa bulan memegang gelaran ibu tunggal? Boleh berkongsi dengan pembaca bagaimana keretakan itu berlaku dan tidak mungkinkah ianya dapat disatukan kembali demi anak-anak?
Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan seperti biasa. Bahagia atau tidak, hanya saya yang tahu. Anak-anak, rakan-rakan dan keluarga banyak memberi sokongan dan kekuatan untuk saya terus melangkah hari ini. Hidup mesti diteruskan dan saya tidak nafikan pada peringkat permulaan keadaan saya memang tertekan, sunyi dan penuh dengan kemarahan. Siapa tidak sayangkan keluarga yang di bina 15 tahun dengan kurniaan lima cahaya mata, akhirnya kecundang di pertengahan jalan.





No comments: