Friday, November 23, 2007

Dimana prinsip berpakaian Linda Onn ?


Oleh CK

BARU-BARU ini, telefon CK tiba-tiba tak henti berdering. Bukannya telefon itu rosak, bukan juga CK sudah bertukar kerja menjadi telefonis, tetapi pada hari yang indah itu CK tidak putus-putus menerima panggilan daripada peminat Linda Onn yang seakan keliru dengan penampilan penyampai radio yang juga pengacara popular nan satu ini.

Sebaik saja menonton Linda mengendalikan rancangan Sehati Berdansa lebih kurang seminggu yang lalu, mereka bagai terkejut seketika melihat cara selebriti cantik ini berpakaian. Yalah, kata mereka, sebelum ini Linda bukan main lagi mementingkan tatasusila pakaian, alih-alih penyampai itu tampil ‘seksi’ pada malam itu.

Kata mereka, bukan saja baju yang dipakai agak mendedahkan pada bahagian dada, malah ia juga kelihatan amat ketat sehingga bentuk tubuh wanita tinggi lampai itu turut terserlah.

Mereka bukannya apa, cuma prihatin dengan untung nasib penyampai terkenal ini. Kata mereka, baiklah Linda kekal dengan imej baiknya selama ini. Usahlah diubah-ubah kepada lebih seksi, kerana mereka bimbang lama-lama nanti peminat akan lari.

No comments: