Monday, November 5, 2007

Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Sensasi Selebriti baru sahaja pulang dari Majlis Meraikan Peminat Aizat yang diadakan di Saloma Bistro yang terletak di Jalan Ampang, ibu kota. Ulasan, corat coret dan cerita majlis tersebut akan saya tulis selepas entri ini. Seronok saya apabila disambut dengan penuh mesra dan hangat dari semua AJK yang terlibat. Terima kasih daun keladi buat semua. Yang mengujakan, majlis yang dinamakan ‘A million Thanks to Everyone - Aizat’ itu diserikan dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid serta anak-anak. Mungkin ini satu kejutan kepada hadirin kerana ramai peminat yang tidak tahu Siti Nurhaliza juga dijemput.

Berikut beberapa gambar Siti Nurhaliza yang sempat saya ambil.

No comments: