Thursday, November 8, 2007

Alim Ulamak pertikai kenyataan Sariyanti(Kaisara) pasal tudung

Kisah Kaisara Pertaruhkan Ajaran Islam31 10 2007 Dukacita saya apabila membaca statement seorang artis baru kita yang telah berjaya dikaderkan oleh pihak-pihak tertentu. Sila baca statement di bawah yang saya petik dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31/10/07. Warna gelap merupakan statement artis tersebut dan warna merah merupakan ulasan saya:
Sari Yanti, 23, yang melakonkan watak utama sebagai Kaisara berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk melakonkan watak itu biarpun terpaksa bertudung.
Ulasan : Perkataan “terpaksa” yang ditulis oleh ABD. AZIZ ITAR dalam laporannya menunjukkan bahawa tudung yang dipakai oleh artis tersebut adalah “terpaksa” bukan kerana menurut perintah Allah SWT. Artis tersebut terpaksa memakai tudung sepanjang drama yang dilakonkannya kerana dipaksa oleh Pengarah!
Imej
Kata Sari, cabaran melakonkan watak Kaisara ialah untuk memberi imej positif terhadap pelajar wanita yang bertudung bahawa mereka juga boleh aktif dengan melakukan pelbagai aktiviti seperi kokurikulum di sekolah.
Ulasan : Bukan imej positif yang di bawa bahkan suatu imej yang teramat negatif. Pelajar wanita boleh bertudung di sekolah (kerana dipaksa oleh guru) dan tak payah bertudung di luar rumah atau sekolah (kerana tiada yang memaksa mereka). Ini memberikan kecelaruan yang mencelarukan kepada semua pelajar sekolah.
“Walaupun di luar lokasi saya tidak bertudung tetapi saya tidak terasa janggal apabila melakonkan watak Kaisara yang bertudung.
Ulasan : Sepatutnya merasa janggal bila diarahkan supaya tidak memakai tudung dalam drama kerana sentiasa memakai tudung di luar drama. Dan sepatutnya dia terus mengekalkan identiti bertudung di luar dan di dalam drama. Suatu lagi imej negatif yang dibawa!
“Watak yang saya lakonkan itu merupakan seorang pelajar yang baik kerana dia suka memberi nasihat kepada kawan-kawannya.
“Kaisara membuktikan bahawa bertudung tidak menghalangnya aktif seperti remaja-remaja lain yang tidak bertudung,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Ulasan : Apabila melihat iklan drama ‘Kaisara’, tertarik bila melihat seorang gadis berpakaian tudung. Harap-harap memang bertudung di luar dan di dalam drama. Tup-tup rupanya begini kisahnya. Ayulah umara dan ulama’ sedarkah kita bahawa anak-anak bangsa kita dalam krisis aqidah dan akhlak yang berada di paras yang merbahaya. Ingatlah bahawa kalian dan saya sendiri yang menulis ini juga akan dipersoalkan nanti jika ‘artis-artis’ kita tidak berada di jalan yang lurus!

No comments: