Friday, November 2, 2007

kerana karina hangat di Hot fm


Dari petikan www.gua.com.my


by gua.com.my

2 Nov, 07

Promosi drama online Malaysia pertama Kerana Karina, terus diperhebatkan dan pagi tadi, tiga bintang drama tersebut, Marsha Londoh, Zizan Nin dan Roslan Aziz bertandang ke HOT FM untuk ditemuramah HOT FM AM krew, Fara dan Faizal.

Apabila ditanya tentang impak drama Kerana Karina kepada industri drama tempatan, Roslan, yang membawa watak Datuk Ross, menjawab: “Ini akan menjadi “catalyst” bagi banyak lagi drama seumpama ini. Saya pasti selepas ini akan ada pihak-pihak lain yang akan mengeluarkan drama online”

Seorang pemanggil pula bertanya adakah bayaran yang diterima Roslan sangat lumayan hingga beliau mengambil keputusan untuk berlakon buat pertama kalinya. “Saya terima bukan kerana bayaran tetapi pengalaman yang dapat saya timba,” jawab beliau. Secara seloroh juga Roslan berkata: “Kepada sesiapa yang ingin mencuba bidang lakonan, lupakan saja. Memang susah berlakon ni!”

Sementara itu keadaan di konti menjadi agak “hangat” apabila Zizan turut ditanya mengenai hubungan beliau dengan seorang pelakon jelita seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini. Sambil tersenyum beliau menjawab: “Saya bukan di sini untuk menceritakan hal peribadi.”

Namun apabila terus ditanya berulang-kali samada beliau suka atau tidak pada pelakon tersebut, Zizan menjawab .... “suka”. Gamat satu konti bila mendengar jawapan itu.

Marsha juga turut diusik oleh Fara dan Faizal tentang hubungannya dengan seseorang penyanyi yang “putih” dan “ agak rendah”. Tetapi seperti biasa, Marsha hanya bergelak manja tanpa memberi sebarang penjelasan.

* Jika anda ingin bertemu dengan bintang-bintang Kerana Karina, Roslan Aziz dan Chelsia Ng, datanglah ke Karnival Jom Heboh, Miri pada hujung minggu ini. Episiod baru Kerana Karina boleh ditonton di www.gua.com.my/keranakarina setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

No comments: