Friday, November 2, 2007

Panas!!Panas!!Panas!!!






Petikan dari akbar metro Sun Oct 28, 2007


GAMBAR Internet lagi. CAK percaya ramai menerima kiriman gambar ini yang disertakan dengan berbelas-belas lagi aksi yang tidak kurang menarik.

CAK tertarik apabila dikatakan gambar ini milik seorang bekas pelajar Akademi Fantasia. CAK mengambil masa juga untuk meneliti kesahihan apabila ia dikaitkan dengan pelajar wanita itu yang kini tampil dengan imej baru - tomboy.

Mana tahu, mungkin imejan gambar itu adalah adik beradik pelajar tadi. Namun teman meyakinkan CAK dia adalah pelajar yang kini cuba bertukar menjadi jantan. Gambar lain turut memaparkan aksi 'yang tak sesuai dilihat' orang ramai.

Memang kalau diteliti, wajah 'kacak' di dalam gambar ini menyamai wajah pelajar wanita itu. Cuma kali ini dia tampil 'macho' dengan berambut pendek dan berpakaian lelaki. Bagaimanapun tidak sedapnya, apabila aksinya dengan seorang wanita (dipercayai kekasihnya) agak keterlaluan.

Kalau benar apa yang dikatakan melalui e-mel itu, ia satu kejutan kerana selama ini dia dikenali sebagai gadis lemah lembut dan ayu berambut panjang ketika Akademi Fantasia 3.

CAK tidak perlu mengulas panjang di sini. Cukuplah gambar ini bercerita!

No comments: